Sekilas
- Bella Astillah dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu dengan sekali lafaz di Merdeka 118 Precinct, menjadi pasangan pertama yang berkahwin di bangunan ikonik tersebut.
- Majlis akad nikah dikendalikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan mas kahwin RM500 dan hantaran daripada kedua-dua pihak.
- Majlis bertemakan Islamic Arabic dihadiri 255 jemputan termasuk tokoh politik dan keluarga terdekat, selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi Sabtu.
Majlis akad nikah dikendalikan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selaku jurunikah iaitu YABhg. Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan berwalikan bapa Bella Astillah, Awang Astillah Abdullah@ Dullah serta dua orang saksi, Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin dan Ustaz Mohd Nizam Md Nor.
Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan daripada pihak wanita.
Pada hari istimewa itu, Bella dan Syed Saddiq mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Zaimi Zulkafli.
Lebih menarik Bella dan Syed Saddiq menjadi pasangan pertama yang disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik Malaysia, Merdeka 118 Precinct.
Majlis bertema Islamic Arabic dihadiri 255 jemputan termasuk keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua belah pihak.
Selain turut dihadiri tetamu kehormat iaitu YABhg. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Binti Dr. Wan Ismail, YBhg. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YBhg. Puan Sri Norainee Abdul Rahman, YBhg. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob & YBhg. Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, YABhg. Tun Musa Hitam serta YABhg. Toh Puan
Zulaikha Sheardin.
Terdahulu, Bella Astillah secara rasmi mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada 28 Mac 2026.