Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

Dua Pemain OKU Curi Tumpuan Dalam Perlawanan THR Gegar, Bukti Bakat Tiada Batasan

Dua Pemain OKU Curi Tumpuan Dalam Perlawanan THR Gegar, Bukti Bakat Tiada Batasan

Sekilas

  • Perlawanan persahabatan antara THR Gegar dan UiTM United II menampilkan dua pemain dari Malaysia Amputee Football Association (MAFA) yang beraksi bersama penyampai radio dan selebriti.
  • Program ini bertujuan membuka ruang kepada masyarakat untuk melihat kemampuan atlet OKU serta mengeratkan hubungan antara pendengar, pelajar UiTM, selebriti dan komuniti setempat.
  • Walaupun keputusan perlawanan tidak menjadi fokus utama, ia berjaya memupuk semangat kebersamaan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.
Advertisement

Perlawanan persahabatan antara THR Gegar dan UiTM United II bukan sekadar menyemarakkan semangat bola sepak, malah turut menjadi pentas istimewa apabila dua pemain daripada Malaysia Amputee Football Association (MAFA) diberi peluang beraksi bersama barisan penyampai radio dan selebriti.

Muaz dan Najmi mencuri perhatian apabila mempamerkan aksi bertenaga sepanjang perlawanan, sekali gus membuktikan kekurangan fizikal bukan penghalang untuk bersaing di atas padang.

Advertisement

Perlawanan yang berlangsung di Padang Turf UiTM Shah Alam itu turut dibarisi penyampai THR Gegar iaitu Issey, Fizie, Shah, Ewan dan Aswad, selain dimeriahkan kehadiran selebriti seperti Eric Floor 88, Akram Floor 88, Syamel, Rahim Hakem dan Andyoso.

Pengurus Jenama THR Gegar, Azah Sahrin, berkata program itu dianjurkan bukan sahaja bagi meraikan semangat bola sepak, malah membuka ruang kepada masyarakat melihat sendiri kemampuan atlet OKU.

"THR Gegar berbangga dapat memberi peluang kepada Muaz dan Najmi untuk beraksi bersama pemain lain. Kami mahu masyarakat melihat sendiri bahawa mereka mempunyai bakat, kemahiran dan semangat juang yang tinggi dalam sukan bola sepak.

"Perlawanan ini membuktikan bahawa sukan mampu menyatukan semua tanpa mengira latar belakang atau kekurangan fizikal," katanya.

Walaupun UiTM United II muncul pemenang dengan keputusan 7-6, Azah berkata keputusan bukanlah fokus utama penganjuran program tersebut.

Sebaliknya, beliau menyifatkan perlawanan itu berjaya mengeratkan hubungan antara pendengar THR Gegar, pelajar UiTM, selebriti dan komuniti setempat.

"Menang atau kalah bukan perkara utama. Apa yang lebih penting ialah hubungan yang terjalin antara pendengar, pelajar UiTM dan barisan selebriti yang turut sama memeriahkan program ini. Kami gembira melihat semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh semua pihak," katanya.

Azah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk Pengelola Kandungan THR Gegar, Nik Faris Nek Hassan, yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program tersebut.

Beliau berharap aktiviti seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan kerana bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi platform memperkasakan komuniti serta mengetengahkan bakat atlet OKU kepada masyarakat.

Anda mungkin berminat dengan

Sandisk FIFA World Cup 2026 USB-C Flash Drive | 128GB

Sandisk FIFA World Cup 2026 USB-C Flash Drive | 128GB

adidas Lifestyle ADIDAS PrimeLift BACKPACK Unisex Beige KE3784

adidas Lifestyle ADIDAS PrimeLift BACKPACK Unisex Beige KE3784

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Football Spikes Blue Pink Grass Spikes Spikes 10768901 [Happy Shopping Network]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Football Spikes Blue Pink Grass Spikes Spikes 10768901 [Happy Shopping Network]

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Germany 26 Away Jersey Men Blue JN2074

adidas Football Germany 26 Away Jersey Men Blue JN2074

Must Watch Video

Advertisement