Skip to main content

Hiburan

Dua Tahun Beraya Sendiri, Harun Hashim Rindu Masakan Arwah Isteri - “Saya Suka Rendang Dia”

Harun Hashim

Sekilas

  • Pelakon veteran Harun Hashim berkongsi rasa rindu terhadap arwah isterinya, Allahyarhamah Sakinah Ganjali, terutama masakan rendangnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
  • Harun menyatakan dia sudah dua tahun berpuasa dan beraya seorang diri, dan sangat merindui kehadiran arwah isteri yang selalu menemaninya dalam pelbagai aktiviti harian.
  • Menurut Harun, makna sebenar Aidilfitri adalah kemenangan melawan hawa nafsu selepas sebulan berpuasa, yang perlu diteruskan sepanjang tahun.

Pelakon veteran, Harun Hashim berkongsi mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang disambut dengan rasa kerinduan terhadap arwah isterinya, Allahyarhamah Sakinah Ganjali.

Menurut Harun, antara perkara yang paling dirinduinya setiap kali menjelang hari raya adalah masakan arwah isterinya, iaitu rendang.

“Tahun ini saya beraya seorang saja tanpa sosok seorang isteri. Kalau cakap soal raya, juadah dimasak arwah yang paling saya rindukan ialah rendang.

“Dia pandai masak dan dah lama saya tak rasa rendang yang dimasak arwah,” katanya kepada Gempak.

Berkongsi rasa rindu, Harun memaklumkan tidak pernah sekalipun hari-harinya berlalu tanpa rasa rindu terhadap arwah isterinya lebih-lebih lagi apabila mengenangkan susah senang mereka.

“Dah dua tahun saya berpuasa dan beraya sendiri. Kalau sebelum ini, pergi mana-mana mesti akan bersama dia.

“Dulu kalau memandu, dia akan duduk sebelah dan tolong tengok waze. Saya amat terasa kehilangan dia sebab saya ini seorang yang pelupa,” ujarnya.

Ditanya pula mengenai pengertian raya, Harun berpendapat makna sebenar sambutan Aidilfitri ialah kemenangan melawan hawa nafsu selepas sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Menurutnya, Aidilfitri bukan sekadar perayaan, sebaliknya melambangkan satu kebebasan selepas berjuang melawan segala dugaan dan cabaran sepanjang Ramadan.

“Hari raya merupakan hari kebebasan dan satu kemerdekaan selepas sebulan kita berpuasa.

“Selepas sebulan berpuasa itu sebenarnya mengajar kita untuk sentiasa melawan hawa nafsu seperti marah, makan dan sebagainya.

“Bukan sahaja bulan puasa tapi perjuangan itu kita perlu teruskan bermula Syawal dan bulan-bulan seterusnya.”

Sekadar info, isteri kepada Harun iaitu Allahyarhamah Sakinah Ganjali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 21 November 2024 akibat kanser payudara tahap empat pada usia 48 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Must Watch Video

Advertisement