Sekilas
- Fauziah Sarman, ibu kepada penyanyi Shila Amzah, dikhabarkan bakal berkahwin dengan jejaka bernama Zainal pada Sabtu ini selepas dua tahun bergelar ibu tunggal.
- Berita gembira itu dikongsikan oleh pereka fesyen Seth & Luna di Instagram, memaparkan Fauziah yang cantik mengenakan busana pengantin berona ungu bersama Shila Amzah dan suaminya, Ubai MZ.
- Fauziah sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon ND Lala selama 34 tahun sebelum bercerai pada Ogos 2023.
Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka yang dikenali sebagai Zainal pada Sabtu.
Berita baik itu dikongsikan pereka fesyen terkenal, Seth & Luna dalam satu hantaran di Instagram.
Menerusi perkongsian yang dibuat, dilihat Fauziah yang lebih mesra disapa Mama Zie begitu cantik memperagakan busana pengantin berona ungu sambil ditemani Shila Amzah dan suami, Ubai MZ.
“Tahniah Shila Amzah dapat bapa baru hari ini.
“Selamat pengantin baharu buat MamaZie dan Tuan Zainal. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Fauziah sekeluarga.
Sekadar info, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon ND Lala pada tahun 1989. Namun, pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai selepas 34 tahun hidup bersama.
Menerusi perkongsian dimuat naik di Instagram, Fauziah memberitahu bahawa lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos 2023 lalu di sebuah masjid.
Sumber: IG Seth & Luna