Skip to main content

Hiburan

Dua Versi 'Ending' Trailer KUDRAT 1968: High Council Cetus Spekulasi! Peminat Jangka Akan Ada Plot Twist?

Dua Versi 'Ending' Trailer KUDRAT 1968: High Council Cetus Spekulasi! Peminat Jangka Akan Ada Plot Twist?

Sekilas

  • Trailer filem KUDRAT 1968: High Council yang dimuat naik di media sosial mendapat lebih 200,000 tontonan dalam sehari dan mencetuskan spekulasi tentang dua pengakhiran berbeza.
  • Peminat mendapati terdapat perbezaan suara dan pengakhiran dalam trailer di TikTok dan YouTube, menimbulkan tanda tanya sama ada filem ini mempunyai dua jalan cerita.
  • Filem arahan Zulaikha Zakaria ini akan ditayangkan mulai 29 Oktober dan merupakan prekuel kepada siri Projek: High Council serta filem Kahar: Kapla High Council.
Advertisement

Kehangatan filem KUDRAT 1968: High Council kian terasa dan pastinya ramai tidak sabar untuk menyaksikan jalan cerita serta kesudahan karakter-karakter utama yang menjadi kegilaan peminat.

Buktinya ialah, perkongsian trailer yang dimuat naik di platform media sosial telah mendapat perhatian hangat sehingga meraih lebih 200,000 tontonan dalam masa sehari.

Advertisement

Trailer yang dimuat naim itu kemudiannya menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat yang mendakwa terdapat filem arahan Zulaikha Zakaria ini berkemungkinan besar akan mempunyai dua pengakhiran yang berbeza.

Menurut peminat, terdapat dua perbezaan dalam dua trailer yang dimuat naik menerusi platform TikTok dan YouTube, sekali gus mencetuskan persoalan tentang jalan cerita yang bakal dipaparkan.

Menerusi perkongsian yang tular di Threads, seorang pengguna media sosial memaklumkan bahawa pengakhiran yang dikongsikan menerusi dua platform tersebut menimbulkan tanda tanya apabila kedua-duanya menampilkan suara dan pengakhiran yang berbeza

Advertisement

Perbezaan itu membuatkan peminat tertanya-tanya sama ada filem berkenaan mempunyai dua jalan cerita berbeza atau terdapat sesuatu yang sengaja dirahsiakan daripada penonton.

Walau bagaimanapun, perbezaan trailer itu belum cukup untuk mengesahkan sama ada filem KUDRAT 1968: High Council mempunyai dua versi jalan cerita atau sebaliknya.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan tiket anda dan mula saksikan filem KUDRAT 1968: High Council bermula 29 Oktober ini di pawagam berdekatan anda.

Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Naskah terbitan Astro Shaw, arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement