Skip to main content

Hiburan

“Dulu, Anak-Anak Saya Azeva, Ammar Introvert…” – Ameng Spring Kagum Anak-Anak Keluar Zon Selesa, Yakin Masa Depan Cerah Dalam Industri

Astro Gempak 557

Sekilas

  • Ameng Spring terkejut dengan perkembangan anak perempuannya, Azeva, yang menunjukkan bakat besar dalam pengacaraan, lakonan, dan nyanyian.
  • Ameng mendedahkan Azeva dan adiknya, Ammar, yang sebelum ini pendiam, kini semakin yakin dan mula menonjol dalam bidang seni.
  • Azeva kini semakin dikenali selepas menjadi hos di Big Stage x Rocketfuel bersama Nabil, menunjukkan potensi besar dalam dunia hiburan.
Advertisement

Penyanyi Ameng Spring mengakui terkejut melihat perkembangan anak perempuannya, Azeva yang disifatkan memiliki bakat besar dalam bidang pengacaraan selain lakonan dan nyanyian.

Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, dia tidak menyangka anaknya itu mampu tampil begitu yakin di hadapan khalayak meskipun sebelum ini seorang yang pendiam.

“Dahulu, anak-anak saya seperti Azeva dan Ammar adalah seorang yang pendiam (introvert). Kakak mereka juga sampai sekarang masih begitu.

“Namun sekarang saya lihat Ammar sudah mula keluar dari zon selesanya, malah lagunya Gila Bayang juga mula mendapat perhatian,” katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam masa sama, pelantun lagu Bourgenvilla itu meluahkan rasa bangga dengan perkembangan Azeva yang disifatkannya memiliki potensi besar dalam dunia seni.

“Saya tidak sangka Azeva mempunyai bakat yang sangat besar. Saya sangka dia hanya boleh berlakon, tetapi rupa-rupanya dia juga boleh mengacara, boleh menyanyi dan sangat berani di atas pentas.

“Saya rasa masa depannya sangat cerah dan saya berpuas hati dengan pencapaian mereka setakat ini,” katanya.

Terdahulu, Azeva semakin mencuri perhatian ramai apabila mengendalikan acara sebagai hos di Big Stage x Rocketfuel bersama Nabil.

Anda mungkin berminat dengan

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement