Skip to main content

Selebriti

Dulu Anggap Tak Glamour, Kini Jofliam Bangga Bergelar Chef - “Siapa Sangka, Tercipta Dengan Pizza Wagyu…”

Jofliam chef

Sekilas

  • Jofliam tidak pernah menyangka dirinya akan dikenali sebagai Chef Pizza walaupun sebelum ini tidak tahu tentang profesion tersebut.
  • Perjalanan hidupnya membawa kepada penciptaan Pizza Wagyu Jofliam yang menjadi identiti utamanya dalam bidang kulinari.
  • Jofliam juga pernah menyertai pertandingan Tutto Pizza di Napoli sebagai rakyat Malaysia pertama bersama dua rakan dari Itali.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tidak pernah menyangka dirinya akan dikenali sebagai seorang Chef Pizza.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Jofliam berkata sebelum ini dia sendiri tidak mengetahui tentang kewujudan profesion Chef Pizza, apatah lagi membayangkan dirinya akan menceburi bidang berkenaan.

Advertisement

“Lima tahun lalu saya pun tak pernah tahu ada profession Chef Pizza.

“Kalau tanya kecil-kecil dulu nak jadi apa, saya pun tak nak jadi Chef. Sebab kecil-kecil dulu mungkin dah terexpose di TV yang jadi Chef ni tak berapa nak glamour dan rata-rata yang terkenal pun itu jelah,” kongsinya.


Bagaimanapun, kata Jofliam, siapa sangka perjalanan hidup membawanya kepada penciptaan Pizza Wagyu Jofliam sehingga identitinya begitu sinonim dengan bidang tersebut.

“Tapi siapa sangka, Chef Jofliam tercipta dengan ciptaan Pizza Wagyu Jofliam.

“Tak adalah sempurna. Tapi full package tu ada lah sikit. Bukan setakat pizza, tapi serba serbi semua mengena.

“Chef Pizza adalah Jofliam,Jofliam adalah Chef Pizza,” coretnya.

Terdahulu, Jofliam terkenal dengan penjualan piza Wagyu dengan harga RM150.

Sebelum ini, Jofliam pernah menyertai pertandingan Tutto Pizza di Napoli dan menjadi rakyat Malaysia pertama bertanding pada acara tahunan itu bersama dua rakannya dari Itali, Salavatore Mill dan Vincenzo Di Nuzzo.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement