Skip to main content

Selebriti

“Dulu Asyik Bersukan, Sekarang Dah Pandai Jaga Isteri, Beri Bunga” - Abang Kongsi Sisi Lain Syed Saddiq, Semakin Romantik Lepas Kahwin

“Dulu Asyik Bersukan, Sekarang Dah Pandai Jaga Isteri, Beri Bunga” - Abang Kongsi Sisi Lain Syed Saddiq, Semakin Romantik Lepas Kahwin

Sekilas

  • Syed Salleh, abang kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, gembira melihat perubahan adiknya selepas berkahwin dengan Bella Astillah.
  • Majlis resepsi ‘kenduri rakyat’ di Muar diserikan dengan kehadiran lebih 10,000 tetamu dari pelbagai negeri dan Singapura.
  • Syed Saddiq dan Bella selamat disatukan pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Advertisement

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Syed Salleh meluahkan rasa gembira melihat perubahan yang ditunjukkan adiknya selepas mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Menurut Syed Salleh, Syed Saddiq kini dilihat semakin romantik dan menunjukkan sisi berbeza berbanding sebelum ini yang lebih banyak meluangkan masa dengan aktiviti sukan.

Advertisement

“Kalau kita lihat perubahan dia dulu dan sekarang, dia lebih romantik. Dia betul-betul romantik, kalau macam dulu Saddiq hanya bersukan sahaja.

“Sekarang ini dah pandai jaga isteri, beri bunga. Alhamdulillah. Saya sebagai abang, saya sangat rasa gembira kerana dia sudah melangkah ke dalam satu fasa menjadi seorang suami dan juga bapa,” ujarnya.

Syed Salleh berkata demikian ketika ditemui Gempak di majlis resepsi ‘kenduri rakyat’ Syed Saddiq dan Bella Astillah yang berlangsung di Muar pada Ahad.

Advertisement

Dalam pada itu, Syed Salleh turut meluahkan rasa terharu melihat sambutan luar biasa orang ramai yang hadir memeriahkan majlis resepsi pasangan berkenaan di Muar, Johor dan berterima kasih kepada semua yang hadir.

“Alhamdulillah, tak sangka begitu ramai yang hadir pada majlis resepsi di Muar. Bermula daripada 300, kemudian 3,000 kepada lebih 10,000 tetamu.

“Terpegun juga saya melihat kehadiran mereka, amat meriah. Kita lihat orang muar ramai datang beri sokongan pada Saddiq dan Bella. Terima kasih juga kerana mendoakan mereka,” katanya.

Untuk info, lebih 10,000 tetamu hadir memeriahkan majlis resepsi pasangan pengantin baharu, Syed Saddiq dan Bella Astillah yang berlangsung di Muar, Johor pada Ahad.

Majlis yang bertemakan kenduri rakyat itu bukan sahaja menghimpunkan penduduk setempat, malah turut menerima kehadiran tetamu dari pelbagai lokasi termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Must Watch Video

Advertisement