Skip to main content

Hiburan

Dulu Berdua, Kini Bertiga... Netizen Suka Lihat Momen Syed Saddiq Tawan Gunung Kinabalu Bersama Bella Astillah & Ayden

BASS

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menyorot perhatian warganet selepas berkongsi momen mendaki puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Syed Saddiq tidak menawan gunung kinabalu itu berseorangan malah dia mendaki bersama-sama penyanyi, Bella Astillah dan anak lelakinya iaitu, Ayden.

“Tahun ini istimewa sebab ada Ironkid join sekali. Super impressed dengan Ayden. Empat jam di depan yang lain. Relax ja,” tulis Syed Saddiq.

Keupayaan Ayden mendaki Gunung Kinabalu dengan penuh semangat dan tenang nyata mengagumkan ramai, termasuk Syed Saddiq sendiri yang memuji ketahanan fizikal serta mental kanak-kanak tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum dan memberikan pujian terhadap Ayden.

Malah, netizen juga meluahkan rasa gembira melihat hubungan mereka yang dilihat sebagai seorang keluarga.

"Ayden berjaya sebilik dengan papa ke?

"Hebatlah Ayden.

"Proud of you, Ayden. 🔥🔥 Good job YB & Bella. All the best menuju puncak.

"Gunung Kinabalu menjadi saksi cinta mereka ecehhhhhh.

"2nd season Kinabalu ni vibes dia lain macam sikit ..

"Gambar last tu very vibe anak bapak ye😆🤏🏻," komen netizen.
 

Must-Watch Video

Advertisement