Skip to main content

Hiburan

Dulu Di Sukan Komanwel 1998, Kini Siti Nurhaliza & Noraniza Idris Bersatu Untuk Gema Bumantara - “Kalau Kak Ani Tak…”

Dulu Di Sukan Komanwel 1998, Kini Siti Nurhaliza & Noraniza Idris Bersatu Untuk Gema Bumantara - “Kalau Kak Ani Tak…”

Sekilas

  • Datuk Seri Nurhaliza mengucapkan terima kasih kepada Noraniza Idris kerana menyertai konsert Gema Bumantara yang mengetengahkan muzik tradisional dan warisan Nusantara.
  • Konsert ini menandakan kerjasama semula mereka selepas hampir 26 tahun tidak bergabung di atas satu pentas, sekali gus menghidupkan kembali lagu-lagu tradisional popular.
  • Gema Bumantara adalah konsert solo pertama Siti yang fokus kepada muzik tradisional, turut menampilkan artis undangan dari Malaysia dan Indonesia bagi meraikan keindahan muzik tradisional merentas generasi.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Nurhaliza menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris kerana sudi menerima pelawaannya untuk sama-sama menjayakan konsert Gema Bumantara. 

Menurut Siti, kehadiran Noraniza Idris memberi satu makna besar buat pencinta muzik tanah air. 

“Kalau Kak Ani tak setuju, takkan jadi semua ni. Jadi terima kasih juga kerana kesudian daripada Kak Noraniza Idris memberi makna yang besar kepada pencinta muzik tanah air. Alhamdulillah. Di pentas yang besar ni, memang Kak Ani harus berada untuk menyanyikan lagu kita iaitu Hati Kama,” katanya. 

Dalam pada itu, pelantun lagu Kesuma itu turut meluahkan rasa terharu kerana dapat sama-sama berkongsi pentas bersama Noraniza Idris selepas hampir 26 tahun tidak bergabung di atas satu pentas. 

“Selepas 26 tahun kita kembali menyanyikan lagu tradisional bersama. Sebelum ini masa tidak memberi kesempatan tapi kali ini adalah yang terbaik.

“Ingat tak Kak Ani kita pernah sama-sama mendendangkan lagu Dongdang Dendang di atas pentas rebana ubi yang besar masa sukan komanwel 1998. Dan malam ini kita kembali ke sini,” tambahnya. 

Konsert Tradisional Gema Bumantara dipentaskan Siti selepas sembilan bulan mencipta sejarah menerusi konsert tiga dekad pembabitannya dalam industri seni, iaitu Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berjaya menghimpunkan kira-kira 65,000 di lokasi sama pada 10 Januari lalu.

Konsert berkenaan menjadi hadiah istimewa buat peminat selain usaha meraikan dan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan merentas generasi.

Advertisement

Ini sekali gus menjadi konsert solo pertama Siti di lokasi ikonik itu yang mengetengahkan sepenuhnya konsep muzik tradisional dan warisan Nusantara.

Menariknya, konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan artis undangan membabitkan penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta dua penyanyi dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement