Skip to main content

Hiburan

Dulu Malu, Sekarang Syasya Rizal Bangga Pernah Tinggal Di Rumah Flat - “Setiap Tingkat Seakan Membawa Semula Saya Ke Versi Yang Dulu”

Syasya Rizal

Sekilas

  • Syasya Rizal berkongsi pengalaman pulang ke rumah pangsapuri lama yang pernah didiaminya bersama nenek, membawa kenangan dan emosi yang mendalam.
  • Dia menceritakan bagaimana tinggal di situ mengajarnya menjadi kuat dan menghargai kehidupan sederhana yang penuh cinta.
  • Pesanan neneknya tentang nilai kehadiran orang tersayang dalam hidup memberi kesan mendalam, terutama ketika Ramadan ini Syasya lebih menghargai kesederhanaan.
Advertisement

Penyanyi, Syasya Rizal mengakui pernah terdetik rasa malu dalam dirinya untuk berkongsi bahawa dirinya pernah tinggal di rumah pangsapuri bersama nenek satu ketika dahulu.

Menerusi TikTok, Syasya memuat naik video dirinya yang pulang semula ke rumah pangsapuri tersebut bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie bagi mengambil beberapa pasang baju kurung lama miliknya.

Advertisement

Ujar Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal kepulangannya ke rumah opah telah menggamit pelbagai kenangan sepanjang dirinya menetap di sana.

“Dulu Syasya pernah malu nak cerita yang Syasya duduk flat dengan Opah. Hari ni Syasya balik semula bawa suami, bawa kenangan, dan bawa rasa bangga jadi anak yang dibesarkan dengan cinta yang sederhana.

“Sebenarnya Syasya pulang nak ambil baju kurung lama di sini. Tetapi entahlah rasa emosi sedikit. Lama betul Syasya tak jejakkan kaki ke rumah opah.

“Naik ‘lift’ lama yang bunyinya masih sama. Setiap tingkat terasa seperti membawa balik Syasya ke versi yang dulu. Di sinilah Syasya belajar menjadi kuat dan hidup sederhana.

“Waktu opah buka almari lama, bau kain, penyangkut baju, lipatan opah semuanya masih sama,” kongsinya.

Menerusi hantaran yang sama, bekas anggota kumpulan Dolla ini sempat berkongsi pesanan nenek yang sedikit sebanyak telah memberikan kesan mendalam buatnya.

“Opah cuma senyum dan pesan perlahan, hidup ini bukan tentang apa yang kita ada, tetapi siapa yang ada waktu kita tiada apa. Ayat itu ringkas sahaja. Tetapi entah kenapa rasa berat di hati ini.

“Kalau Syasya yang dulu berangan nak jadi seseorang, rasa hidup yang tak pernah cukup, tetapi Ramadan ini Syasya baru sedar yang sederhana itulah yang paling ikhlas,” kongsinya lagi.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Must Watch Video

Advertisement