Skip to main content

Badminton

Dulu ‘Raja Langit’, Kini Dr Andy Lau, Legenda Hong Kong Terima Doktorat Kehormat

Dulu ‘Raja Langit’, Kini Dr Andy Lau, Legenda Hong Kong Terima Doktorat Kehormat

Sekilas

  • Andy Lau menerima Ijazah Doktor Kehormat daripada Hong Kong Baptist University sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan seni dan kemanusiaannya.
  • Ini merupakan doktorat kehormat kedua Lau selepas dianugerahkan oleh Hong Kong Shue Yan University pada 2017.
  • Selain kerjaya seni, Lau aktif dalam kerja amal melalui Andy Lau Charity Foundation dan berkeluarga dengan isteri Carol Chu serta anak perempuan mereka.
Advertisement

Lebih empat dekad bergelar bintang, Andy Lau kini mempunyai satu lagi gelaran untuk dibanggakan apabila legenda Hong Kong itu menerima doktorat kehormat daripada Hong Kong Baptist University (HKBU).

Penganugerahan itu bukan sekadar mengiktiraf sumbangan Lau dalam dunia seni, malah meletakkan namanya dalam satu lagi ruang yang jarang diterokai bintang hiburan iaitu dunia akademik.

Advertisement

Bintang yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-65 pada September ini menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam satu istiadat penganugerahan pada 10 Ogos lalu,  lapor Asia One.

Presiden HKBU, Alexander Wai, menyifatkan pengiktirafan itu sebagai penghargaan terhadap sisi kemanusiaan, bakat dan pengaruh Lau yang telah lama dekat dengan masyarakat menerusi karya seni.

“Dalam era ketidakpastian yang disebabkan kecerdasan buatan (AI), satu perkara yang pasti ialah AI tidak mungkin ‘menjadi’ Dr Lau kerana ia tidak mampu menggantikan sifat kemanusiaan, bakat atau ikatan emosi yang dijalinnya dengan masyarakat Cina melalui seni,” katanya.

Lebih menarik, doktorat kehormat daripada HKBU bukanlah pengiktirafan akademik pertama diterima Lau.

Pada 2017, bintang Infernal Affairs itu turut dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sastera oleh Hong Kong Shue Yan University.

Justeru, gelaran ‘Dr Andy Lau’ hari ini bukan sekadar simbol penghormatan terhadap seorang selebriti, sebaliknya mencerminkan pengaruh seorang seniman yang telah berkembang jauh melangkaui pentas hiburan.

Nama Lau  mula melonjak sebagai antara bintang terbesar Hong Kong dan pada era 1990-an, dia dinobatkan sebagai salah seorang ‘Four Heavenly Kings’ bersama Aaron Kwok, Jacky Cheung dan Leon Lai.

Sebagai pelakon, Lau terus mencipta nama menerusi filem-filem popular seperti A Moment of Romance, God of Gamblers, Infernal Affairs, Running Out of Time dan House of Flying Daggers.

Pada 1994, dia menubuhkan Andy Lau Charity Foundation yang memberi bantuan kepada golongan memerlukan selain menyokong pendidikan dan pembangunan golongan muda.

Presiden HKBU turut memuji komitmen Andy terhadap masyarakat, menyifatkannya sebagai seorang yang rendah hati serta sentiasa berusaha menyumbang kembali kepada masyarakat.

Dalam kehidupan peribadi, Andy mendirikan rumah tangga dengan,  Carol Chu, wanita kelahiran Malaysia pada 2008. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna, yang kini berusia 14 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement