Skip to main content

Hiburan

Dulu Suka Ke Bazar Ramadan, Sekarang Sophia Albarakbah Pilih Untuk Masak Sendiri - "Lama-Lama Saya Rasa..."

Sophia

Pelakon, Sophia Albarakbah mengakui jadual penggambaran sepanjang bulan Ramadan tahun ini agak padat buatnya.

Menurut Sophia, sepanjang bulan puasa ini dia dijangka sibuk di lokasi penggambaran dan berkemungkinan terpaksa melepaskan beberapa undangan acara sekiranya jadual tidak mengizinkan.

“Bila masuk shooting memang obviously tak ada masa untuk apa-apa kecuali shooting. Most probably Sophia akan shoot.

“Event-event pun mungkin terpaksa skip. Kalau ada masa mungkin boleh join,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia juga akui sebelum ini memilih untuk berehat daripada sebarang penggambaran sepanjang Ramadan untuk memberi fokus kepada keluarga dan ibadah.

Namun, Sophia tetap bersyukur dengan rezeki yang diterima.

“Actually, tiga tahun dah Ramadan Sophia tak shooting sebab memang nak rest dan spend time with my family tapi start daripada last year dah mula shooting sikit. Tahun ini yang heavy sikit sebab buat 20 episod.

“Of course Sophia prefer untuk rehat dalam bulan Ramadan, tapi alhamdulillah ada rezeki, jadi okeylah. Shoot pun okeylah,” ujarnya.

Berkongsi tentang persiapan berbuka puasa pula, Kebiasaanya Sophia kini lebih gemar memasak sendiri berbanding membeli di bazar Ramadan.

Menurut Sophia, memasak sendiri bukan sahaja memberi kepuasan malah membolehkan beliau menyediakan juadah mengikut citarasa keluarga.

“Dulu waktu saya muda saya suka pergi bazar sebab boleh nampak makanan yang dijual. Tapi lama-lama saya rasa makanan kat bazar macam kurang sedikit.

“Jadi saya memilih untuk memasak. Banyak yang saya boleh bergantung kepada keluarga saya nak makan apa. Western boleh, Melayu boleh, Cina pun boleh,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Sophia juga akan tampil dengan filem terbaharu iaitu Amira Amir. 

Dalam filem ini, Sophia akan bergandingan dengan pelakon hebat antaranya Zahiril Adzim, Kartina Aziz, dan Fezrul Khan.

Filem Amira Amir akan ditayangkan di pawagam rumah anda bermula 26 Februari ini. 

Anda mungkin berminat dengan

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

Sampul Raya 5pcs

Sampul Raya 5pcs

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement