Skip to main content

Hiburan

Dwayne Johnson Kena Saman Kerana Cermin Kereta

Astrogempak the rock

Sekilas

  • Dwayne Johnson atau The Rock ditahan polis trafik selepas menghadiri acara di Hollywood Walk of Fame baru-baru ini.
  • Beliau disaman kerana memiliki cermin kenderaan yang terlalu gelap, satu kesalahan undang-undang di California.
  • The Rock dilihat memberi kerjasama baik dan menerima surat saman dengan tenang tanpa sebarang masalah.

Dwayne Johnson atau The Rock mungkin memang pesohor terkenal dunia. Namun, kalau buat salah, dia tetap tidak dapat lari daripada undang-undang.

Itulah yang berlaku terhadap aktor itu apabila ditahan dan disaman polis trafik selepas menghadiri acara di Hollywood Walk of Fame untuk Emily Blunt dan Stanley Tucci, baru-baru ini. Pada majlis tersebut, The Rock diberi amanat untuk menyampaikan ucapan dan dilihat memuji rakan baiknya, Blunt.

Bagaimanapun sebaik meninggalkan acara tersebut, kenderaan yang dinaiki The Rock telah ditahan polis. Insiden tersebut sempat dirakamkan dan menurut TMZ, The Rock ditahan polis trafik serta menerima saman atas kesalahan memiliki cermin yang terlalu gelap pada kenderaan.

Pemasangan cermin hitam yang terlalu gelap merupakan satu kesalahan undang-undang jalan raya di California.

Meski berdepan insiden kurang manis, The Rock dilihat memberi kerjasama yang baik kepada polis trafik yang menahannya. Dia dilihat sangat santai dan tenang serta menerima surat saman yang dikeluarkan kepadanya.

Must-Watch Video

Advertisement