Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal meluahkan rasa terkejut selepas mendapati ramai wanita yang sudah berkahwin tidak mengetahui kata laluan (password) milik pasangan masing-masing.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Dahlia berkata dia agak hairan apabila mengetahui ramai wanita berkongsi bahawa mereka tidak pernah menyemak telefon atau media sosial pasangan mereka.
Advertisement
“Oh, I actually find it surprising… or not? Wtv la, that most women that I talked to or kawan perempuan I yang dah kahwin, dorang mostly cakap they don’t know pasangan punya passwords to any and they don’t randomly go through their partners’ phone or social media.
“I macam, omg aku sorang je ke gila? Hahah idk man,” tulisnya.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-rata menganggap tindakan mengetahui kata laluan pasangan sebagai bukti kepercayaan.
“Dont worry dahlia, i knew everything. Bank acc tinggal bape sen pun i tau hihi extremely crazy ke saya ni.
“It’s okay babe we both gila cuz me too.
“Hahahahha sama gila we both siap noted down dekat NOTES. Masing² tahu. Siap ‘nanti i mati tahu eh’ LOL,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Dahlia Rizal mendirikan rumah tangga bersama pelakon Imran Aqil pada 9 September 2023.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Yusra, yang dilahirkan pada 7 Mei lalu.
Sumber: Threads