Sekilas
- El Rumi, 27, terkejut dan bingung apabila namanya dikaitkan dengan dakwaan gangguan seksual oleh seorang gadis yang menggunakan panggilan EJR di media sosial.
- Peguam El Rumi menegaskan beliau tidak pernah melakukan perbuatan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang tersebar.
- Dakwaan itu timbul selepas seorang pengguna media sosial mendakwa mengalami gangguan seksual daripada public figure bernama EJR, yang dipercayai merujuk kepada El Rumi.
El Rumi atau nama sebenarnya, Ahmad Jalaluddin Rumi, 27, terkejut dan bingung selepas dituduh melakukan perbuatan sumbang gangguan seksual terhadap seorang gadis.
Meski menerusi dakwaan yang hangat dibincangkan di akaun media sosial terutama Threads tersebut tidak menyebut namanya secara spesifik, sebaliknya menggunakan panggilan EJR, seorang public figure yang duduk di Pondok Indah, ramai yang menyifatkan dakwaan tersebut berkaitan dengan El Rumi.
Hal yang demikian kerana umum mengetahui keluarga El Rumi iaitu ayahnya, Ahmad Dhani tinggal di Pondoh Indah, Jakarta, Indonesia.
“Dia bingung ketika namanya dikaitkan dengan gelaran EJR yang hangat dibicarakan di Threads. Cuitan itu ditujukan untuk siapa?
“Walaupun tidak menyebut El Rumi tapi ramai yang bertanya kepadanya kerana gelaran public figure dari Pondok Indah.
“Jadi dia rasa tertekan kerana ramai yang telefon. Oleh itu supaya tidak terganggu, El akan menggunakan undang-undang untuk menghentikan dakwaan yang ternyata fitnah ini kepadanya,” ujar peguam El Rumi seperti dilaporkan Detik.com.
Peguam sama menegaskan kliennya tidak pernah melakukan perbuatan keji apa lagi membuat gangguan seksual kepada mana-mana perempuan.
“Saya tegaskan anak guam saya tidak melakukan semua dakwaan meski khabar itu tidak menyebut namanya tetapi orang telah memberi persepsi bahawa EJR adalah El Rumi.
“Hati-hati dengan niat jahat atau apa sahaja perkongsian anda,” katanya lagi.
Terdahulu seorang pengguna media sosial mendakwa telah berdepan pengalaman buruk bersama public figure yang digelar EJR.
Dia mendakwa telah menerima gangguan seksual selepas ‘tidak berdaya’ setelah suami Syifa Hadju itu menghembuskan asap vape kepadanya.
Namun dia juga mendakwa pendedahan yang dibuat bukan untuk mencari sensasi tetapi berasa tidak adil kerana berasa trauma terhadap insiden yang berlaku kepadanya tidak lama dulu.