Skip to main content

Berita Tempatan

Elak 'Orang Industri', Iman Troye Sasar Kahwin Usia 30 Tahun - "Lebih Baik Daripada Bersama Orang Yang Salah"

Elak 'Orang Industri', Iman Troye Sasar Kahwin Usia 30 Tahun - "Lebih Baik Daripada Bersama Orang Yang Salah"

Sekilas

  • Iman Troye kini menyasarkan usia 30 tahun untuk berkahwin kerana mahu fokus pada diri dan pengalaman hidup terlebih dahulu.
  • Dia lebih selesa menjalani fasa berkenalan tanpa tekanan dan mengutamakan menjadi individu yang baik sebelum mencari pasangan.
  • Iman juga memilih untuk tidak berkahwin dengan individu dalam industri hiburan bagi menjaga privasi dan mengelak kesibukan bersama pasangan.
Advertisement

Penyanyi Iman Troye tidak mahu terburu-buru menamatkan zaman bujang meskipun pernah memasang impian untuk berkahwin pada usia muda.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 24, sebaliknya menyasarkan usia 30 tahun sebagai tempoh sesuai untuk mendirikan rumah tangga kerana merasakan masih banyak perkara mahu dilakukan dalam kehidupannya.

Advertisement

Menurut pelantun lagu ‘Teman’ itu, pendiriannya mengenai perkahwinan berubah apabila semakin mengenali diri sendiri dan menikmati kehidupan pada usia sekarang.

“Buat masa sekarang sasaran saya nak berkahwin pada usia 30 tahun. Sebelum ini sasaran selalu bertukar kononnya nak kahwin awal, tetapi lama-kelamaan saya rasa tak boleh.

“Bila saya ada masa sendiri, saya teroka banyak tempat, jumpa kawan-kawan dan buat banyak aktiviti, saya sedar banyak lagi benda yang saya belum buat pada usia 24 tahun ini selain bekerja.

“Jadi untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat secara terburu-buru lagi dua atau tiga tahun, saya takut diri saya sendiri belum bersedia,” katanya kepada Gempak.

Malah, Iman kini tidak terlalu memikirkan soal percintaan dan lebih selesa melalui fasa berkenalan tanpa meletakkan tekanan terhadap dirinya untuk segera mempunyai pasangan.

Baginya, tidak mengapa sekiranya terpaksa bersendirian buat sementara waktu daripada membuat pilihan yang salah hanya kerana mahu mempunyai teman.

“Saya rasa sebab masih muda, jadi bercakap fasal cinta ini macam cinta monyet. Saya anggap berkawan macam biasa sahaja. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, maksudnya ada yang lebih baik di hadapan.

“Saya selalu ingatkan diri saya, tak mengapalah kalau sunyi atau bersendirian sekalipun, ia tidak mengapa. Lebih baik tidak berkawan dengan orang yang salah daripada terpaksa bersama orang yang salah.

“Untuk saya jumpa lelaki yang baik, saya kena jadi orang baik dahulu,” ujarnya.

Dalam masa sama, Iman mengakui dia mempunyai satu pilihan apabila berbicara mengenai bakal pasangan iaitu sebolehnya bukan individu daripada industri hiburan.

Keputusan itu dibuat kerana Iman mahu menjaga privasi kehidupan peribadinya selain bimbang kesibukan dua individu dalam bidang sama menyebabkan mereka sukar meluangkan masa bersama.

“Saya tak nak orang industri. Saya memang menekankan kalau boleh saya tak nak orang dalam industri sebab saya suka kehidupan yang tidak diketahui ramai.

“Kalau dah tertulis jodoh macam itu, saya tak boleh nak buat apa. Tapi saya sendiri tak boleh kalau kedua-duanya sibuk dan tidak ada masa bersama,” katanya.

Menariknya, sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun bukanlah sesuatu yang baharu buat Iman.

Sekitar 2021 ketika berusia 19 tahun, penyanyi itu pernah menyatakan hasrat sama selain mengakui lebih selesa mengenali seseorang sebagai sahabat terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Dalam perkembangan seni, Iman baru sahaja tampil dengan lagu terbaharu berjudul ‘Jung Jung Inai’, duet bersama personaliti media sosial Asslahierah
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Must Watch Video

Advertisement