Sekilas
- Elisya Sandha berkongsi pengalaman berjimat cermat ketika belajar di IPTA dengan makan mi segera dan biskut kering sambil menunggu wang PTPTN masuk.
- Dia mengimbau detik mencabar menunggu pinjaman PTPTN seperti menunggu jodoh dan kini lega selepas berjaya melangsaikan keseluruhan pinjaman tersebut.
- Elisya juga memuji kemudahan aplikasi myPTPTN yang kini lebih mesra pengguna dan memudahkan urusan tanpa perlu beratur di kaunter.
Pelakon, Elisya Sandha mengimbas kembali kenangan ketika bergelar penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA), terutamanya tentang pengalaman menguruskan kewangan sepanjang tempoh pengajian.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Elisya mendedahkan dia pernah berjimat cermat dengan menjadikan mi segera dan biskut kering sebagai makanan sementara menunggu wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikreditkan ke akaun.
“Dulu sis ingat lepas beranak dua di usia 27 tahun ni, benda paling mencabar agaknya macam manalah nak layan budak-budak ni buat ‘screaming party’ dekat rumah.
“Tapi bila terkenang zaman bujang di IPTA dulu... Baru teringat betapa lagendnya sis survive makan maggi dengan biskut kering sambil tunggu elaun PTPTN masuk!
“Siapa geng yang tunggu duit PTPTN macam tunggu jodoh, kita geng tau hehe,” tulisnya.
Bagaimanapun, Elisya turut berkongsi rasa lega selepas berjaya melangsaikan keseluruhan pinjaman PTPTN yang pernah ditanggungnya sebelum ini.
Jelas Elisya, kejayaan menyelesaikan komitmen tersebut memberikan kelegaan kerana satu beban kewangan besar akhirnya dapat dilepaskan.
“Tapi serious talk, bila dah settle bayar habis pinjaman dulu, rasa macam hilang satu beban besar dekat bahu.
“Bebas terus! Sekarang bila bukak balik app myPTPTN, sis terkejut jugak sebab interface dia dah kemas.
“Tak payah nak beratur dekat kaunter bagai macam zaman sisdulu-dulu. Nak check ke, nak simpan tabung Simpan SSPN untuk anak-anak ke, semua hujung jari je. Slay teruk!” ujarnya