Sekilas
- Elizabeth Tan sedang mencari teman lelaki online yang pandai main Mobile Legends dan boleh layan mesej clingy dia setiap hari.
- Dia menetapkan syarat umur minimum 25 tahun, suara macho dan deep sebagai kelebihan tambahan.
- Elizabeth menawarkan kasih sayang, perhatian, dan hadiah diamond dalam permainan sebagai ganjaran kepada teman lelakinya.
Perkongsian pelakon Elizabeth Tan yang ingin mencari teman lelaki ‘online’ di Threads meraih perhatian wargamaya.
Menerusi perkongsian itu, Elizabeth atau mesra disapa sebagai Lizzy turut berkongsi syarat untuk menjadi ‘boyfriend’ antaranya perlu pandai main permainan video ‘mobile legend’.
“Mencari teman lelaki online, lelaki melayu yang power ML. Boleh layan mesej clingy I, minimum satu ML game a day, tak kisah I ini isteri orang (sebab suami I pun tak kisah dan dia malas layan I).
“Umur dalam minimum 25 la tapi lebih baik kalau tua sikit. Plus point, suara macho dan deep,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Elizabeth memberitahu dia akan membayar lelaki itu dengan kasih sayang dan perhatian.
Malah penyanyi lagu Knock Knock ini juga berkata dia akan belanja ‘diamond’ jika lelaki itu buat yang terbaik dalam permainan video tersebut
“Bayaran, kasih sayang dan perhatian… kalau you perform, I belanja you banyak diamond,” ujarnya.
Perkongsian itu mendapat perhatian wargamaya terutama lelaki yang ingin mencuba nasib.
Sumber - Threads