Skip to main content

Hiburan

Ella Bakal Rehat Panjang, Mahu Fokus Bidang Pertanian - “Sebelum Ini Cili, Nak Cuba Sawit Pula”

Ella

Sekilas

  • Ella akan berehat panjang selama setahun selepas konsert terakhir Majlis Tertinggi Rock Queen Sidang Penutup pada 5 Disember ini untuk menyegarkan diri dan fokus pada bidang pertanian.
  • Konsert terakhirnya akan menampilkan Datuk Ziana Zain dan Yuna sebagai penghormatan kepada bakat mereka dan untuk memberikan kelainan dalam persembahan.
  • Ella juga akan memberikan pengiktirafan kepada beberapa pemuzik dan peminat dalam konsert istimewa ini, dengan tiket dijual mulai 22 Oktober di Unifi Arena Bukit Jalil.
Advertisement

Selepas konsert terakhir, Majlis Tertinggi Rock Queen Sidang Penutup yang akan diadakan pada 5 Disember depan, Ratu Rock Negara, Ella bakal berehat panjang. 

 

Advertisement

Sudah menjayakan empat siri konsert sepanjang tahun ini, Ella memberitahu tiba masa untuk dia berehat dan menyegarkan diri sebelum kembali aktif dalam bidang nyanyian.

 

“Saya akan berehat panjang selepas konsert ini. Mungkin selama setahun, saya nak pergi bercuti, rehatkan minda untuk ‘refresh’ kan diri.

Advertisement

 

“Selepas itu barulah saya boleh kembali dengan keadaan yang segar. Persembahan korporat tetap diteruskan seperti biasa.

 

“Dalam masa sama, saya nak fokus kepada bidang pertanian yang dah kami usahakan sejak hampir enam tahun lalu. Sebelum ini kami ada penanaman cili dan bakal mencuba penanaman sawit pula,” katanya. 

 

Ella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pengumuman konsert terakhir Majlis Tertinggi Rock Queen Sidang Penutup di The Saujana Hotel, Shah Alam pada Selasa. 

 

Berkongsi mengenai konsert terakhirnya, penyanyi berusia 60 tahun itu bakal menampilkan Datuk Ziana Zain dan Yuna.

 

Menurut Ella, dia memilih kedua-dua penyanyi hebat berkenaan kerana mengagumi bakat mereka.

 

“Saya memilih kedua-duanya kerana mahukan kelainan. Pada konsert di Pulau Pinang bersama Ziana pada Ogos lalu, sambutan yang kami terima sangat memberangsangkan.

 

“Jadi saya nak bawakan konsep itu ke sini pula. Saya juga mengagumi bakat Yuna, kebetulan saya dan ibu bapanya berjiran.

 

“Maka dari minat, mengagumi bakat mereka, saya terfikir kenapa tidak tampilkan kedua-duanya dalam konsert saya,” katanya.

 

Dalam pada itu, Ella berkata dia juga akan memberikan  pengiktirafan kepada beberapa pemuzik dan peminat pada konsert istimewanya itu.

 

Sebelum ini dia sudah memberikan 51 penganugerah kepada komposer, pemuzik dan pihak media selepas menerima Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik ke-25 dan akan mengagihkan kira-kira 20 lagi anugerah.

 

Tahun ini, Ella memulakan siri Konsert Majlis Tertinggi Rock Queen di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Februari. Kemudian dibawa ke Singapura pada Mei dan yang terbaharu di Pulau Pinang pada Ogos.

 

Tiket untuk konsert Majlis Tertinggi Rock Queen Sidang Penutup yang akan diadakan di Unifi Arena Bukit Jalil mula dijual bermula 22 Oktober ini.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement