Skip to main content

Selebriti

Ellie Suriaty Beri Teguran, Mohon Henti Gelaran ‘Retis’ - “Tiada Istilah Pekerjaan Retis, Ejekan Yang Menjatuhkan Maruah Insan Seni”

Ellie Suriaty tegur panggilan retis

Sekilas

  • Ellie Suriaty menegaskan panggilan ‘retis’ terhadap penggiat seni adalah tidak wajar dan dianggap sebagai ejekan yang menjatuhkan maruah mereka.
  • Ellie berkata penggiat seni tidak pernah memandang rendah pekerjaan orang lain dan netizen tidak patut menggunakan gelaran ‘retis’ itu.
  • Beberapa selebriti seperti Ako Mustapha, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan Farali Khan turut menyokong pendapat Ellie dalam ruangan komen.

Pelakon, Ellie Suriaty berpendapat penggunaan panggilan ‘retis’ terhadap penggiat seni disifatkan sebagai tidak wajar.

Menerusi hantaran di media sosial, Ellie berkata gelaran itu adalah umpama ejekan atau memperlekehkan kredibiliti pekerjaan para penggiat seni.

“Dalam Industri Seni Kreatif, tiada istilah pekerjaan 'Retis'. Retis tu apa? Bagi saya seorang penggiat seni Industri Kreatif, rujukan artis sebagai ‘retis’ adalah sebuah ejekan yang menjatuhkan maruah insan seni,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, Ellie juga menegaskan bahawa golongan penggiat seni tidak pernah mempelekehkan pekerjaan orang lain dan perkara itu gelaran ‘retis’ itu juga tidak sepatutnya diguna pakai oleh netizen.

“Kami tidak pernah terfikir nak menyakiti hati hamba-hamba Allah yang lain dengan pekerjaan mereka. Mengapa perlu kamu?” luahnya.

Sementara itu, di ruangan komen, beberapa rakan selebriti juga turut bersetuju dengan luahan Ellie itu, antaranya Ako Mustapha, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan Farali Khan.

Anda mungkin berminat dengan

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

Men Women Winter Inner Wear Warm Silk Wool Thick Thermal Long Johns Light Double Layer Velvet男女羊毛保暖衣

Men Women Winter Inner Wear Warm Silk Wool Thick Thermal Long Johns Light Double Layer Velvet男女羊毛保暖衣

Must-Watch Video

Advertisement