Skip to main content

Hiburan

Elly Mazlein Reda Hilang ‘Job’ Selepas Berhijab - “Ada Kontrak Yang Tiba-Tiba…”

Elly Mazlien

Pengacara dan penyampai radio, Elly Mazlein akui hilang beberapa tawaran kerja selepas berhijrah. 

Menurut Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom ada beberapa kontrak sudah pun ditamatkan malah ada juga yang menarik diri pada saat akhir. 

“Selepas perhijrahan ini, memang ada kontrak yang tiba-tiba ditamatkan. Ada juga yang dah meeting tapi kemudian tarik diri. Macam-macam dugaan selepas berhijab,” katanya.

Bagaimanapun, Elly menyatakan dia reda dengan ujian tersebut dan percaya rezeki Allah SWT itu ada dimana-mana. 

“Kita manusia, biasa ada rasa risau. Tapi Kak Lina nak share, insya-Allah, kita tak perlu takut. Hilang dua, tiga, empat job pun, Allah akan gantikan dengan yang lebih indah. Kalau Allah kata itu rezeki kita, tetap rezeki kita. Kalau bukan, bukan rezeki kita. 

“Doakan yang baik-baik untuk Kak Lina dan untuk anda semua juga. Semoga kita dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dikelilingi dengan orang yang baik-baik. Itu pun rezeki juga,” ujarnya. 


Terdahulu, Elly membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas tampil dengan imej baharu yang lebih sopan dan manis ketika menghadiri Talk To My Manager.

Elly berkata keptusan itu dibuat selepas merasai satu titik perubahan dalam dirinya susulan mengikuti perkembangan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement