Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Elvina Mohamad Berang! Dakwa Anak Difitnah Pembantu Rumah, Siap Suruh Jiran…

Elvina Mohamad Berang! Dakwa Anak Difitnah Pembantu Rumah, Siap Suruh Jiran…

Sekilas

  • Datin Elvina Mohamad kecewa dengan pembantu rumahnya yang didakwa menyebarkan fitnah dan menghasut jiran supaya menjauhkan diri daripada anak lelakinya.
  • Pembantu rumah itu juga dikatakan sering memburukkan majikan terdahulu dan keluarganya kepada orang lain serta menipu mengenai tingkah laku anak Elvina.
  • Elvina berkongsi pengalaman ini sebagai amaran kepada keluarga lain supaya berhati-hati dalam memilih pembantu rumah.
Advertisement

Pelakon, Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pembantu rumahnya yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai anak lelakinya sehingga menghasut jiran supaya menjauhkan diri daripada kanak-kanak itu.

Malah, pemilik nama Norzalina Mohamad berkata ini turut mendakwa sikap pembantu rumahnya ifu semakin keterlaluan apabila dia dikatakan telah mengadu domba serta memburukkan keluarganya kepada orang lain.

Advertisement

“Apa yang betul-betul melampaui batas adalah bila saya dapat tahu daripada jiran (ibu kepada kawan anak saya), dia beritahu ibu tersebut supaya jangan bagi anak dia berkawan dengan anak saya kononnya sebab anak saya budak jahat. Mendidih darah saya masa ini.

“Sejak mula bekerja, dia selalu jadi ‘batu api’ suruh saya marahkan anak sendiri. Dia siap fitnah anak saya buat macam-macam perkara yang anak saya tak pernah buat.

“Bila saya beritahu mahu semak rakaman CCTV, pembantu rumah jahat ini kata dalam CCTV tak nampak. Tapi bila saya periksa CCTV, jelas nampak segalanya dan anak saya langsung tidak buat apa yang diceritakan,” kongsinya menerusi Threads.

Advertisement

Menerusi hantaran yang sama, pelakon drama Takdir Cinta Dhia ini turut mendakwa pembantu rumahnya ini sering memburukkan majikannya yang terdahulu sepanjang bekerja dengannya.

“Masa awal-awal masuk kerja, dia sudah mula cerita buruk pasal majikan lama. Katanya ‘madam’ cemburu dengan dia sebab ‘sir’ sukakan dia sampai bagi bonus sebulan gaji.

“Sebab itu dia berhenti dan beri alasan tak suka bersiap atau cantik-cantik sebab tak mahu majikan cemburu. Nak tergelak dengar cerita dunia khayalan dia ini. Ilusi sangat.

“Belum masuk bab banyak sangat pantang larang. Makan itu tak boleh, pakai ini tak boleh sebab kulit sensitif. Tak boleh pakai kasut nanti ekzema, pakai seluar tak selesa dan kena pakai skirt labuh sahaja,” tambahnya.

Tidak cukup dengan itu, pembantu rumahnya itu turut didakwa telah bercerita buruk mengenai dirinya dan ahli keluarga kepada pembantu rumah lain serta pihak ejen.

“Bayangkan kita ada seseorang yang bekerja dalam rumah dan kita percayakan mereka dengan keluarga kita, tapi rupanya mereka bercakap buruk fasal anda dan anak-anak di belakang.

“Bila kami dapat tahu dan tanya dia, terus keluar drama air mata. Cerita pun mula bertukar dan berpusing-pusing sana sini,” ujarnya lagi.

Di akhir hantaran, Elvina memaklumkan bahawa tujuan dirinya berkongsi mengenai perkara ini adalah untuk memberi iktibar dan pengajaran buat orang di luar sana supaya tidak melalui situasi yang sama dengannya.

“Saya berkongsi perkara ini sebagai amaran berdasarkan pengalaman sendiri supaya keluarga lain berhati-hati dan tidak melalui pengalaman buruk yang sama,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement