Sekilas
- Elyana berkongsi video membotakkan kepala di Instagram sebagai tanda dia sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk melawan kanser.
- Pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu mendapat kekuatan daripada anak-anaknya sepanjang tempoh rawatan.
- Netizen dan rakan artis memberikan sokongan dan doa agar Elyana cepat sembuh dan terus kuat menghadapi ujian ini.
Penyanyi, Elyana menyorot perhatian apabila memuat naik video dirinya membotakkan kepala menerusi Instagram (IG).
Menerusi perkongsian dibuat, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal memaklumkan dirinya kini sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi melawan sakit kanser yang dihadapinya.
Meskipun sedang berjuang, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu dilihat tetap kuat kerana mendapat sumber kekuatan daripada anak-anaknya.
“Hari ke-29 jalani kemoterapi.
“Sembuhlah, kerana kamu mempunyai anak yang tak layak terima sisi buruk diri kamu,” kongsinya.
Perkongsian itu kemudiannya menuai komen netizen dan rakan artis yang rata-ratanya menitipkan doa agar Elyana cepat sembuh dan terus kuat dengan ujian yang dihadapinya.


Sekitar dua tahun lalu, Elyana mengumumkan berita gembira mengenai dirinya yang disahkan bebas daripada kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.
Untuk rekod, Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah serta mempunyai seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani yang berusia enam tahun.
Sumber: IG Elyana