Sekilas
- Emma Maembong puji teman lelakinya, DJ Kidd, sebagai lelaki yang rajin bekerja, bertanggungjawab dan sangat mementingkan keluarga.
- Emma selesa dengan sifat kebapaan DJ Kidd yang tinggi, terutama kerana dia sudah ada dua anak dan tahu cara menjaga anak-anak.
- DJ Kidd sentiasa menanggung perbelanjaan mereka bersama walaupun pendapatannya tidak menentu, menunjukkan komitmen dan keikhlasan dalam hubungan mereka.
Pelakon, Emma Maembong menyifatkan teman lelakinya, DJ Kidd sebagai seorang lelaki yang rajin bekerja dan sangat bertanggungjawab.
Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, sikap DJ Kidd yang sangat mementingkan keluarga juga membuatkan dirinya tertarik dengan lelaki berkenaan.
“Dia (DJ Kidd) seorang yang sangat bekerja keras dan suka buat saya ketawa. Dari dulu orang tanya apa ciri-ciri idaman lelaki yang saya nak.
“Jawapan saya adalah saya tak kisah dia kaya atau tidak yang penting dia perlu pentingkan keluarga, pandai bawa diri dan bertanggungjawab.
“Saya merupakan seorang yang pentingkan keluarga jadi semua itu ada pada dia walaupun pekerjaannha begitu tapi insya-Allah kalau ada rezeki yang bagus akan jadi bagus,” katanya kepada Gempak.
Emma berkata demikian ketika ditemui di majlis Anugerah Melodi Terhangat pada Ahad.
Bukan itu sahaja, pelakon drama Takdir Itu Milik Kita ini turut mengakui dia selesa bersama DJ Kidd kerana teman lelakinya itu mempunyai sifat kebapaan yang tinggi.
“Sifat kebapaan dia sangat tinggi. Dia pun dah ada dua orang anak jadi bila dengan anak saya dia automatik tahu macam mana nak jaga,” tambahnya.
Berkongsi lanjut, Emma memaklumkan bahawa DJ Kidd juga tidak pernah membiarkan dirinya mengeluarkan wang untuk membayar perbelanjaan setiap kali mereka keluar bersama.
“Dia sangat kuat bekerja untuk mendapatkan sesuatu. Dia sanggup kerja siang malam untuk beri komitmen buat saya. Tak pernah sekali saya bayar untuk makan atau perbelanjaan lain, semuanya dia yang bayar.
“Walaupun kadang-kadang pendapatannya tidak menentu tetapi dia tetap akan bayar. Jadi disebabkan itulah saya rasa rezeki dia mencurah-curah,” kongsinya lagi.
Ujar Emma, usaha dan keikhlasan DJ Kidd itu membuatkan dirinya berasa yakin bahawa teman lelakinya itu akan bertambah berjaya di masa akan dayang.
“Insya-Allah mana tahu satu hari nanti dia akan kaya dan dia menjaga saya, kita tak tahu (masa depan). Tetapi saya tak pandang pun itu semua, yang saya pandang hanyalah hati dia saja.
“Jadi segala usaha yang dia tunjukkan itu menbuat saya rasa ‘not bad’,” tambahnya.