Skip to main content

Hiburan

Empat Bulan Kahwin, Berat Radin Naik Gara-Gara…. - “Isteri Saya Punya ‘Love Language’ Memang…”

Empat Bulan Kahwin, Berat Radin Naik Gara-Gara…. - “Isteri Saya Punya ‘Love Language’ Memang…”

Sekilas

  • Radin, penyampai radio ERA, mengakui berat badannya naik selepas berkahwin dan disebabkan rawatan kecederaan ACL serta peningkatan selera makan.
  • Dia juga pernah menggunakan makanan sebagai cara mencari ketenangan selepas kehilangan ibunya.
  • Radin bercita-cita untuk kembali ke bentuk badan asal dan menjadikan rakan penyampai radio, Nabil Ahmad, sebagai inspirasi menjaga kecergasan.
Advertisement

Baru kira-kira empat bulan mendirikan rumah tangga, penyampai radio ERA, Radin mengakui berat badannya semakin meningkat selepas berkahwin.

Radin atau nama lengkapnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36, berkata, antara puncanya adalah kerana isterinya, Nur Amirah Shamsulbahrin gemar memasak.

“Isteri saya punya ‘love language’ memang suka masak.

“Saya paling suka mi goreng dan ikan rebus bersama air asam. Sebenarnya berat badan saya naik selepas kahwin.

“Sejujurnya, inilah berat paling tinggi saya sepanjang bekerja,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu KITA sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, pada Isnin. 

Bagaimanapun, Radin berkata, peningkatan berat badannya bukan semata-mata disebabkan selepas berkahwin.

Katanya, berat badan mula bertambah ketika menjalani rawatan susulan kecederaan koyakan separa ligamen krusiat anterior (ACL) pada kakinya.

“Pada masa sama, sebenarnya berat badan saya mula naik ketika makan ubat disebabkan kaki mengalami koyakan separa ACL.

“Bila makan ubat, saya tak pantau perkara itu dengan bagus. Selera makan tinggi, jadi berat badan naik mendadak,” ujarnya.

Selain itu, Radin mengakui makanan juga pernah menjadi salah satu caranya mencari ketenangan ketika berdepan kehilangan ibu tercinta.

“Waktu arwah mak saya meninggal dulu pun, antara perkara yang boleh tenangkan saya adalah dengan cara makan,” katanya.

Namun, dia tidak mahu menjadikan keadaan tersebut sebagai alasan untuk terus mengabaikan kesihatan.

Sebaliknya, Radin juga menyimpan hasrat untuk kembali mendapatkan bentuk badan seperti sebelum ini.

“Saya bukan nak menyalahkan keadaan tetapi ini adalah fasa kehidupan saya.

“Sejujurnya jauh di lubuk hati, saya nak kembali ke bentuk badan yang sebelum ini,” katanya.

Dalam usaha kembali aktif, Radin turut menjadikan rakan penyampai radio, Nabil Ahmad sebagai inspirasi dalam menjaga kecergasan.

“Saya tengok Nabil aktif, dia masih lagi jaga ‘fitness’.

“Tak kisah dalam bidang apa sekali pun, mengamalkan kehidupan secara sihat adalah satu benda yang kita kena utamakan,” jelasnya.

Terdahulu, Radin sah bergelar suami kepada Nur Amirah pada 1 Mei lalu.

Pasangan tersebut dilaporkan berkenalan sejak lebih setahun sebelum hubungan mereka diketahui umum menjelang hari pernikahan.

Anda mungkin berminat dengan

New Professional Anti-slip Silicone Football Socks Men Women Breathable Outdoor Sports Football Socks

New Professional Anti-slip Silicone Football Socks Men Women Breathable Outdoor Sports Football Socks

[425ml x 24bottles] Bubbles O2 Naturally Oxygenated (Oxygen-Rich) Mineral Water - 1Box

[425ml x 24bottles] Bubbles O2 Naturally Oxygenated (Oxygen-Rich) Mineral Water - 1Box

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Yellow)

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Yellow)

Lyden Mary Jane Classic Flats - Beige//Silver//Khaki//Coffee//Classic Black

Lyden Mary Jane Classic Flats - Beige//Silver//Khaki//Coffee//Classic Black

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

Must Watch Video

Advertisement