Skip to main content

Indonesia

Empat Kali Cuba Berpisah, Andre Taulany & Isteri Rasmi Cerai Lepas 18 Tahun Nikah

taulani

Ringkasan AI

  • Andre Taulany akhirnya berjaya menceraikan isterinya, Erin Wartia, pada 11 November 2025 selepas empat kali cuba.
  • Permohonan cerai pertama Andre pada September 2024 ditolak kerana tiada masalah besar selain kurang komunikasi.
  • Andre membuat tiga rayuan perceraian lagi namun gagal sehingga percubaan kelima diterima mahkamah.
  • Pasangan yang berkahwin hampir 19 tahun itu tidak berebut harta atau hak jagaan anak selepas bercerai.
  • Erin menafikan dakwaan bahawa perceraian disebabkan sikap mewah dan tidak mesra keluarga mentua.

Selepas empat kali cuba berpisah, hos terkenal, Andre Taulany akhirnya ‘berjaya’ menceraikan isterinya, Erin Wartia pada 11 November 2025.

Andre pertama kali memfailkan perceraian terhadap Erin di Pengadilan Agama Tigaraksa pada September 2024. Permohonan cerai Andre ditolak mahkamah kerana pasangan tersebut disifatkan tidak mempunyai masalah besar kecuali kurang berkomunikasi.

Tidak berpuas hati dengan penolakan tersebut, Andre membuat rayuan perceraian sebanyak tiga kali namun gagal meski menjalani mediasi.

Namun perceraian di antara pasangan yang sudah menikah hampir 19 tahun ini diterima mahkamah pada percubaan kali kelima.

Usai rasmi bercerai, pasangan tersebut tidak berebut harta mahupun hak jagaan anak-anak, lapor Kompas.

Menurut peguam Andre, Fahmi Bachmid, kliennya dan isteri sepakat bercerai secara aman dengan kedua-duanya tidak membuat tuntutan selepas menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah.

“Tidak ada tuntutan hadanah. Anak-anak bebas untuk memilih tinggal bersama Andre atau Erin.

“Tidak ada juga tuntutan harta. Mereka hanya mahu bercerai, itu sahaja,” ujar Fahmi.

Baru-baru ini, kes perceraian mereka sempat menjadi kontroversi apabila ada dakwaan mengatakan Andre mahu bercerai dengan Erin kerana tidak tahan dengan sikap dan perbelajaan mewah selain wanita itu didakwa tidak mesra dengan keluarga mentua.

Erin bagaimanapun menepis semua dakwaan tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement