Sekilas
- Fasha Sandha mempertikaikan tindakan jurulatih kecergasan Tareq Fit yang memberi teguran terbuka kepada Que Haidar dan mempertikaikan konsert amal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
- Fasha menegaskan konsert tersebut dihadiri ramai selebriti, ahli agama, dan kerabat diraja, serta bertujuan untuk amal kebajikan.
- Fasha menggesa agar teguran dibuat secara peribadi melalui DM dan bukan secara terbuka yang boleh memalukan selebriti, kerana hanya Allah yang berhak menghakimi.
Pelakon Fasha Sandha mempersoalkan tindakan jurulatih kecergasan terkenal Tareq Fit yang sebelum ini memberi teguran secara terbuka kepada pelakon Que Haidar.
Apa yang membuatkan Fasha enggan berdiam diri lagi apabila Tareq muncul dengan video mempertikaikan konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Siapa kita untuk nak kata haram atau halal? Maaf, ni ustaz ke? Saya dari hari tu, macam nak tulis bila dia mengata fasal Que Haidar lapar perhatian, macam sotong.
“Saya macam nak tanya dia, tahu tak Que Haidar tu mencari rezeki untuk keluarga dia dan disebabkan video tu juga, asbab untuk dia bangkit semula selepas lama berehat dari industri.
“Hari ini keluar di explore dia cakap bab idola saya, fasal halal haram, fasal pergi tempat bermaksiat. Konsert tu juga adalah konsert untuk amal kebajikan.
“Konsert juga dihadiri ramai selebriti, vip , ahli-ahli agama dan ramai kerabat dan YM permaisuri. Perlu ke nak tulis begini?” kongsinya.
Menyedari diri tidak hebat soal agama, namun Fasha beranggapan teguran sepatutnya dilakukan secara peribadi bukannya terbuka di umum.
“Maaf saya memang tak hebat bab agama, saya kerdil dan banyak kelemahan, tapi dalam Islam boleh ke buat teguran secara terbuka begini? Bukankah ini meng’aib’ kan?
“Maaf, kalau orang lain tegur ustaz bagaimana? Ustaz ni sempurna sangat ke? Kalau ustaz ada keluarga untuk dijaga, begitu juga QUE HAIDAR dan Datuk Seri Siti, mereka juga ada keluarga.
“Memang mereka jenis tak peduli apa orang kata, tapi… anak cucu mereka bagaimana? Kalau kawan-kawan mereka tanya di sekolah? Ustaz boleh ke DM kalau nak tegur?
“Tak boleh terima la. Asal artis je selalu je kena dapat teguran secara terbuka begini. Ustaz-ustaz ni sempurna sangat ke? Kalau betul-betul ingin menegur, boleh DM.
“Maaf ustaz saya harap lepas ni kalau nak tegur selebriti… boleh DM je. Daripada cuba memalukan kami. Ya kami tak sempurna. Banyak kelemahan… tapi hanya Allah yang boleh judge bukan ustaz,” katanya.