Skip to main content

Hiburan

Enggan Buka Aib Sesiapa, Zulin Aziz Hanya Mahu Berdamai Dengan Takdir - “Saya Kini Dalam Fasa Pemulihan…”

Zulin Aziz
Advertisement

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz enggan berkongsi secara terbuka mengenai punca perpisahan dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini pada 18 Disember tahun lalu.

Menurut Zulin atau nama lengkapnya, Farah Azleenda Abdul Aziz perpisahan yang berlaku diselesaikan secara baik tanpa sebarang perselisihan.

Advertisement

"Saya bercerai secara baik dengan bekas suami. Hubungan kami dan keluarga pun masih baik. Alhamdulillah, doakan yang baik-baik.

"Kami tidak mahu berkongsi apa-apa (punca penceraian). Lagipun kita di bulan Ramadan sekarang ini. Saya nak menjaga silaturahim kami dan tidak mahu membuka aib sesiapa.

"Saya menghormati pihak sana (bekas suami) dan keluarga sendiri. Kami dah berbincang baik-baik untuk mengunci mulut," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Zulin mengakui dia kini sedang berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu selepas berpisah dengan bekas suaminya.

"Saya kini dalam fasa pemulihan. Perlahan-lahan, saya cuba buat macam biasa. Bergelak ketawa untuk menutup rasa sedih. Saya tidak suka terlalu emosi. Kerja saya pula kena melawak. Biarlah kalau saya menangis di rumah saja.
"Biar orang nampak yang indah-indah saja cukuplah," ujarnya.

Zulin juga akui perceraian dalam kalangan artis sering menerima persepsi negatif daripada segelintir pihak yang mudah membuat andaian.

Ujarnya, masyarakat luar tidak mengetahui apa yang dilalui seseorang individu dalam mengharungi bahtera rumah tangga.

"Orang cakap senang, kenapa bercerai? Mudah saja orang label artis ini bercerai macam beli baju tapi mereka (netizen) tidak duduk dekat kaki kita. Kita pun tak kongsikan (punca cerai) kepada mereka sebab tiada keperluan pun.

"Saya selesa dengan apa yang saya buat ini (kunci mulut) selepas melihat pengalaman orang lain yang bercerita tentang kisah perceraian mereka. Saya ambil ini sebagai iktibar," tambahnya.

Menurut aktres berkenaan, dia juga telah selesai menjalani tempoh idah dan baharu bersedia untuk berkongsi perkara tersebut.

Untuk rekod, Zulin dan Farhan bernikah pada 20 Februari 2022. Kemelut rumah tangga pasangan ini pernah menjadi bualan apabila mereka dikatakan membawa haluan masing-masing selepas setahun berkahwin.

Bagaimanapun, hubungan Zulin dan Farhan dilihat kembali pulih.

Anda mungkin berminat dengan

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🔥Local Delivery🚚Korean Men's Slim Fit Pants Thin Ice Silk Breathable Casual Long Plain Pant Fashion Trousers Seluar Slack Lelaki Plus Size

🔥Local Delivery🚚Korean Men's Slim Fit Pants Thin Ice Silk Breathable Casual Long Plain Pant Fashion Trousers Seluar Slack Lelaki Plus Size

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Must Watch Video

Advertisement