Skip to main content

Hiburan

Enggan Guna ‘Kabel’, Misha Omar Mahu Anak Lalui Proses ‘Interview’ Jadi Pramugara - “Bapanya Nak Adam Rasa Keperitan Hadiri Temu Duga”

Misha Omar

Sekilas

  • Muhammad Adam Emir, anak sulung Misha Omar, menghadapi cabaran dalam temuduga pramugara tanpa menggunakan 'kabel' walaupun bapanya juruterbang.
  • Adam gagal pada sesi pertama kerana tidak memenuhi syarat berat badan, namun dia kini berusaha menurunkan berat badan dengan gigih.
  • Misha menyokong penuh keputusan anaknya dan berharap Adam berjaya dalam temuduga akan datang selepas usaha menurunkan berat badan.

Bersuamikan juruterbang bukan satu tiket mudah untuk anak sulung kepada Misha Omar iaitu, Muhammad Adam Emir, 20, untuk lulus dalam proses temuduga menjadi pramugara.

 

Enggan menggunakan ‘kabel’, Misha berkata, dia mahu memastikan Adam menempuh pengalaman seperti calon lain, iaitu proses temuduga sebagai kru kabin.

 

"Ketika saya bawa Adam ke sesi temu duga beberapa hari lalu, ada calon yang hadir tanya kenapa kami tidak gunakan 'kabel' sedangkan suami saya juruterbang.

 

"Kami tidak mahu sebab bapanya hendak Adam rasa keperitan hadiri temu duga. Biar dia rasa macam mana beratur dengan ratusan calon yang lain.

 

"Kami hendak dia rasai pengalaman ketika proses temuduga," katanya kepada Gempak. 

 

Misha berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan video muzik single terbaharu, I don't Love You Anymore (IDLYA) di Courtyard By Marriott Kuala Lumpur South pada Selasa. 

 

Penyanyi lagu Break ini bagaimanapun berkata, Adam tidak berjaya pada sesi temuduga pertama selepas anak bujangnya itu gagal mematuhi syarat berat badan.

 

Biarpun gagal, Misha memberitahu Adam tidak berputus asa, sebaliknya, gigih menurunkan berat badan.

 

"Adam tidak kecewa pun, sekarang dia sedang dalam fasa mencabar diri untuk mendapatkan berat ideal.

 

"Setakat tiga hari menjaga makan, dia sudah berjaya turunkan hampir tiga kilogram (kg), iaitu dari 80 kg kepada 77.2 kg," katanya.

 

Penyanyi berusia 44 tahun ini mengakui mencadangkan Adam mencuba nasib sebagai pramugara tetapi tidak menyangka anak bujangnya itu bersetuju.

 

"Sebagai ibu, saya akan sentiasa sokong apa sahaja pilihannya. Tetapi, kalau boleh, saya mahu sesuatu yang mampu bertahan lama.

 

"Saya seronok tengok kesungguhan dia turunkan berat badan. Insya-Allah, dia akan mencuba lagi untuk temu duga yang lain," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must-Watch Video

Advertisement