Skip to main content

Hiburan

Enggan Leka Dengan Pujian, Zarif Ghazzi Mahu Terus Belajar Perbaiki Kualiti Lakonan - “Saya Akan Tetap…”

Zarif Ghazzi

Sekilas

  • Zarif Ghazzi bersyukur diberi peluang menunjukkan bakat lakonan dalam industri seni walaupun percaya masih ramai pendatang baru yang lebih berkualiti daripadanya.
  • Pelakon berusia 22 tahun itu mengakui setiap pujian membawa ekspektasi tinggi dan dia bertekad untuk terus belajar dan memperbaiki kemahiran lakonannya.
  • Zarif menegaskan ilmu lakonan tidak akan habis dipelajari dan dia akan terus mencari ilmu untuk memperbaiki setiap aspek lakonannya.
Advertisement

Lakonan dipuji menerusi Kudrat 1968: High Council, pelakon Zarif Ghazzi bagaimanapun berasa yakin masih ramai lagi pendatang baharu yang berkualiti daripadanya. 

 

Advertisement

Menurut pelakon berusia 22 tahun itu, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk menunjukkan bakat yang ada dalam industri seni. 

 

“Alhamdulillah, saya percaya yang ramai lagi sebenarnya pelakon ataupun pendatang baru dalam industri yang lagi berkualiti daripada saya.

Advertisement

 

“Cuma mereka belum diberi peluang saja. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk tunjuk apa yang saya boleh lakukan, apa yang saya boleh berikan di dalam industri ini,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Zarif berkata biarpun menerima pujian namun itu bukan bermaksud dia akan berhenti menimba ilmu. 

 

“Bagi saya, setiap pujian itu datangnya dengan ekspektasi… ekspektasi itu datangnya dengan ekspektasi yang sangat-sangat tinggi. 

 

“Jadi insya-Allah selagi mana saya berpijak di bumi nyata ni, selagitulah saya akan tetap terus belajar sebab saya percaya ilmu ni banyak, ilmu ni takkan pernah habis sampai kita mati. 

 

“Jadi saya akan tetap mencari ilmu, ilmu lakonan, segala jenis ilmu untuk memperbaiki di mana bocor-bocor di setiap lakonan saya itu sendiri,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement