Sekilas
- Drama animasi BoboiBoy Baraju raih 1 juta tontonan dalam 21 minit selepas episod terakhir disiarkan.
- Siri ini dipuji kerana kualiti visual bertaraf Hollywood yang setanding video muzik KPOP.
- Filem Papa Zola The Movie akan ditayangkan di pawagam mulai 11 Disember, dengan tiket sudah mula dijual.
Drama bersiri animasi BoboiBoy Baraju terus mencipta fenomena dengan kualiti bertaraf Hollywood diberikan kepada penonton.
Lebih hebat, episod terakhir bagi siri itu mendapat sambutan hangat apabila meraih 1 juta tontonan selepas hanya 21 minit disiarkan.
Kehangatan BoboiBoy Baraju terus menjadi bualan dalam kalangan peminat di media sosial yang rata-ratanya menganggap siri animasi penuh dengan aksi gempak serta jalan cerita yang padu.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang memuat naik semula tangkap layar serta klip video dari drama bersiri tersebut bagi menunjukkan bukti betapa berkualitinya setiap visual yang disiarkan dalam episod akhir ini.
Malah, ada juga yang menyamakan kualiti editing dan visual persis video muzik kumpulan KPOP.

Untuk episod terakhir ini, watak yang turut dikenali ramai iaitu Papa Zola perlu melakukan misi terakhir untuk membantu BoboiBoy dan di misi terakhir inilah yang membuatkan Papa Zola berniat untuk mencari kerja lain.
Untuk mengetahui kerja apa yang bakal dilakukan Papa Zola, anda perlu tonton filem Papa Zola The Movie yang bakal menemui anda di pawagam bermula 11 Disember ini.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem animasi bertaraf Hollywood ini dengan membuat pembelian tiket yang sudah pun mula dijual di pawagam berdekatan anda.
Sinopsis
Filem ‘Papa Zola The Movie’ mengisahkan Papa Zola, seorang guru sekolah dan anak perempuannya yang berbakat, Pipi dalam menjalani pengembaraan kecil yang semakin meningkat dan mencabar.
Eksperimen mereka mempamerkan hubungan kasih sayang mereka dan kecerdasan Pipi, sambil mereka mengharungi situasi mencabar bersama-sama.
Jangan lupa untuk saksikan filem ‘Papa Zola The Movie’ pada 11 Disember ini di pawagam berhampiran anda. Tiket sudah boleh mula dibeli sekarang di seluruh pawagam tanah air.