Skip to main content

Berita

ERA Lancar Pencarian Bakat Baru Penyampai Radio, Ini Syarat & Cara-Caranya!

era

ERA stesen radio nombor 1 di Malaysia, kini membuka peluang kepada generasi muda untuk menyertai dunia penyiaran melalui Pencarian Bakat Baru Penyampai ERA.

Inisiatif ini bukan sekadar pertandingan, tetapi merupakan satu proses penting dalam memastikan kesinambungan delegasi penyampai radio ERA agar kekal relevan dan terus diminati oleh pendengar pelbagai generasi.

Advertisement

Menurut Pengurus Jenama ERA Azah Sahrin, penyampai radio bukan sekadar menyampaikan lagu atau berita, mereka adalah suara yang menemani pendengar setiap hari. 

Pencarian ini adalah usaha kami untuk memastikan ERA sentiasa segar dengan tenaga baharu yang memahami kehendak semasa dan mampu berinteraksi dengan pendengar secara autentik dan berkesan.

Syarat Penyertaan:
•    Terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur 18 hingga 30 tahun
•    Peserta perlu menghantar video pendek tidak melebihi 1 minit menunjukkan kebolehan mereka sebagai penyampai radio
•    Gunakan #penyampaibaruERA dan tag ERA.Jer di Instagram dan TikTok
•    Akaun media sosial perlu diubah kepada Public (umum) 

ERA turut akan mengadakan sesi ujibakat luar studio di beberapa lokasi terpilih yang akan diumumkan menerusi platform media sosial rasmi ERA. Ini memberi peluang kepada mereka yang mungkin tidak berkesempatan untuk hadir ke studio, tetapi tetap ingin mencuba nasib dan menunjukkan bakat mereka.

Kali terakhir sesi ujibakat ini diadakan adalah pada tahun 2019, dan ia telah melahirkan penyampai berbakat seperti Radin (2014) dan Munabella (2019) yang kini menjadi antara suara penting dalam dunia penyiaran radio tempatan.

Hadiah Menarik Menanti Pemenang:
Tempat Pertama: RM3,000 + Kontrak sebagai penyampai ERA selama 1 tahun
Tempat Kedua: RM2,000
Tempat Ketiga: RM1,000
Tempat Keempat & Kelima: RM500 setiap seorang

Majlis khas untuk mengumumkan pemenang akan diadakan bulan depan, dan dijangka menjadi acara yang penuh meriah serta dinanti-nantikan oleh peminat ERA dan industri penyiaran secara amnya.

Pencarian ini adalah sebahagian daripada komitmen ERA untuk terus berkembang dan menyesuaikan diri dengan perubahan trend media serta kehendak pendengar. Dengan adanya penyampai baharu yang berbakat dan bersemangat, ERA yakin dapat terus menjadi stesen radio pilihan utama rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti ERA di semua platform media sosial rasmi.

Must-Watch Video

Advertisement