Sekilas
- ERA Sabah & ERA Sarawak bergabung dengan Cats FM dan Kupi-Kupi FM untuk anjurkan PEPSI FM sempena Hari Gawai dan Pesta Kaamatan 2026.
- Siaran khas selama 18 jam ini menampilkan personaliti radio dari Borneo dengan kandungan hiburan, segmen interaktif, dan pengisian budaya tradisional.
- Inisiatif ini bertujuan eratkan hubungan komuniti dan industri penyiaran sambil meraikan kepelbagaian budaya Sabah dan Sarawak.
ERA Sabah & ERA Sarawak dengan bangganya mengumumkan penganjuran PEPSI FM, sebuah inisiatif istimewa yang menghimpunkan empat stesen radio utama iaitu ERA Sabah, ERA Sarawak, Cats FM dan Kupi-Kupi FM sempena sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan tahun ini.
Menurut Pengurus Jenama ERA Sabah & ERA Sarawak Azah Sahrin, majlis ini bakal menghimpunkan personaliti radio dari Sabah dan Sarawak dalam suasana penuh budaya, kemeriahan dan perpaduan, sambil meraikan keunikan tradisi masyarakat Borneo menerusi pelbagai aktiviti menarik.
“Ini merupakan kali pertama ERA Sabah & Sarawak bergabung bersama Cats FM dan Kupi-Kupi FM dalam meraikan sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan, dan ia pastinya menjadi satu peluang yang amat membanggakan buat kami.
“Selain menyatukan empat stesen radio dalam satu platform khas, inisiatif ini juga membuka ruang untuk mengeratkan hubungan antara para penyampai dan pendengar, khususnya komuniti di Borneo,” jelasnya.
Menariknya, siaran khas PEPSI FM akan berlangsung selama 18 jam tanpa henti pada Khamis, 21 Mei 2026, menampilkan pelbagai kandungan hiburan, segmen interaktif serta pengisian budaya yang mengangkat semangat perayaan Gawai dan Kaamatan.
PEPSI FM bukan sahaja membawa elemen hiburan dan interaksi, malah turut menonjolkan kepelbagaian budaya unik yang menjadi identiti masyarakat Sabah dan Sarawak.
Program ini dijangka menjadi platform penting dalam merapatkan jurang antara industri penyiaran dan komuniti setempat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan melalui sambutan perayaan tradisional.
Dalam masa yang sama, Astro Audio turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PEPSI selaku penaja utama yang telah merealisasikan kolaborasi bersejarah ini.
Sokongan PEPSI dilihat memainkan peranan besar dalam menjayakan PEPSI FM, selaras dengan kedudukannya sebagai jenama yang dekat di hati rakyat dan sering menjadi pilihan ketika musim perayaan.
“Sokongan PEPSI memainkan peranan besar dalam menjayakan PEPSI FM, lebih-lebih lagi sebagai jenama yang cukup dekat dengan rakyat dan sering menjadi pilihan untuk diraikan bersama keluarga dan tetamu sempena musim perayaan seperti Hari Gawai dan Pesta Kaamatan,” tambah Azah.
Beliau turut menyatakan harapan agar inisiatif ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform berterusan dalam menyatukan komuniti serta meraikan kekayaan budaya Borneo.
“Kami berharap PEPSI FM bukan sahaja menjadi sambutan yang bermakna tahun ini, malah dapat diteruskan sebagai satu platform yang menyatukan komuniti dan meraikan budaya Borneo pada masa akan datang,” katanya.