Skip to main content

Hollywood

Eric Clapton Hentikan Konsert Selepas Peminat Lempar Piring Hitam

Astro Gempak eric clapton

Sekilas

  • Eric Clapton menghentikan konsertnya di Madrid selepas seorang peminat melempar piring hitam yang mengenai dadanya semasa persembahan lagu 'Cocaine'.
  • Clapton, 81 tahun, tidak mengalami kecederaan tetapi membatalkan encore yang dirancang selepas insiden tersebut.
  • Konsert di Madrid adalah sebahagian daripada jelajah Eropah terbaharu Clapton, dengan persembahan besar seterusnya dijadualkan pada 23 Ogos 2026 di Sandringham Estate.
Advertisement

Bintang senior Hollywood, Eric Clapton menghentikan konsertnya di Movistar Arena, Madrid, Sepanyol selepas seorang peminat melakukan aksi tidak terduga.

Pemuzik legenda itu menghentikan persembahannya selepas seorang penonton melemparkan piring hitam ke arahnya yang sedang membuat persembahan. Menerusi video yang beredar di internet, piring hitam yang dilempar tersebut telah mengenai dada Clapton.

Advertisement

Insiden berlaku usai penyanyi berusia 81 tahun itu mendendangkan lagu hitnya, Cocaine, lapor Louder Sound. Clapton bagaimanapun disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mengikut perancangan, Clapton sepatutnya naik ke panggung dan membawa encore dengan lagu Before You Accuse Me, namun membatalkannya selepas insiden tersebut.

Selain Clapton, ramai penyanyi yang pernah dilempar dengan objek-objek di luar jangka termasuk seluar dalam, telefon bimbit dan botol air yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Advertisement

Konser di Madrid merupakan sebahagian daripada rangkaian jelajah Eropah terbaharu Clapton. Beliau dijadual tampil dalam konsert berskala besar di Sandringham Estate pada 23 Ogos 2026.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must Watch Video

Advertisement