Skip to main content

Hiburan

Eric Fuzi Akui Belum Cukup Berjaya Dalam Industri - “Mungkin Kerana Saya Buat Semua Benda Tapi Tak Power”

Eric Fuzi

Sekilas

  • Eric Fuzi dari Floor 88 berkongsi perjalanan seni sebagai pelakon, pengarah, pemuzik, dan penari zapin di aplikasi Threads.
  • Walaupun sudah terlibat dalam pelbagai projek seni, Eric merasakan dirinya belum mencapai kejayaan sebenar dalam bidang hiburan.
  • Eric memohon doa dan sokongan daripada orang ramai agar dipermudahkan urusan dan berjaya dalam kerjaya seni.
Advertisement

Pelakon yang juga ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi menyorot perhatian apabila berkongsi mengenai luahan kujur mengernai perjalanannya dalam bidang seni sebagai seorang pelakon dan pemuzik.

Menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi Threads, Eric atau nama sebenarnya Muhamed Eric Muhamed Fuzi memaklumkan dia sudah pun terlibat dengan projek sepanjang penglibatannya dalam industri seni.

Advertisement

Antara kerja yang pernah dilakukannya adalah seperti berlakon, mengarah, terlibat dengan aktiviti muzik malah mempunyai kebolehan menari zapin.

“Hi nama saya Eric Fuzi, saya pernah berlakon teater,drama dan filem, saya juga pernah mengarah telemovie,supertele,program TV, muzik video,saya juga menulis lirik lagu.

“Saya juga pemain muzik untuk sebuah band dan saya juga penari zapin,” kongsi Eric.

Walau bagaimanapun, Eric merasakan dia masih belum berjaya sebagai seorang selebriti meskipun sudah mencuba melakukan beberapa cabang dalam bidang hiburan.

Di akhir perkongsian, Eric meminta orang ramai untuk mendoakan agar segala urusannya dalam bidang hiburan dipermudah dan diberikan lebih banyak kejayaan.

“Cita-cita saya dari kecil sudah pun tercapai tapi belum sukses dan juga berjaya.

“Mungkin kerana saya buat semua benda tapi saya tak power hanya buat sahaja. Doakan saya mencapai sukses dalam bidang ini,” kata Eric.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan Eric.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Must Watch Video

Advertisement