Skip to main content

Selebriti

Erika Carlina Bahagia, Dilamar DJ Bravy Atas Pentas - “Saya Mahu Jadi Bapa Kepada Andrew & Suami Kamu”

Erika Carlina Bahagia, Dilamar DJ Bravy Atas Pentas

Pelakon Indonesia, Erika Carlina terkejut apabila menerima lamaran romantik daripada kekasihnya, DJ Bravy di atas pentas acara Synchronize Fest 2025 pada Ahad.

Detik penuh kejutan itu bermula apabila selepas Erika selesai melakukan persembahan dan DJ Bravy secara tiba-tiba berjalan ke arahnya sebelum melutut di atas lantai pentas untuk melamarnya.

Advertisement

“Saya mahu menjadi bapa kepada Andrew, saya mahu jadi suami kamu. So, will you marry me?" kata DJ Bravy dan memberikan cincin kepada Erika.

Ayat menyentuh hari Dj Bravy itu akhirnya dijawab oleh Erika dengan senyuman manis.

“Iya, saya mahu,” katanya ringkas.

Lamaran yang disaksikan oleh beribu penonton di konsert itu disambut dengan sorakan meriah.

Malah hantaran video yang tular di media sosial itu, rata-ratanya menerima komen positif netizen yang mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan itu.

 

@ndessdesy Akhirnyaaaa vichonk jd papa endruw #aaaclan #erikacarlina #bravy #fyp #rezaarap ♬ suara asli - NdesNehista

 Terdahulu, Erika telah selamat melahirkan anak lelakinya melalui pembedahan caesarean pada Jumaat, 1 Ogos. 

 

Nama Andrew Raxy Neil dikatakan telah dipilih sejak awal kehamilan selepas mengetahui jantina bayi tersebut.

Erika pernah mengejutkan industri hiburan apabila mengaku secara terbuka sedang hamil anak luar nikah dan memilih untuk berterus terang kepada peminat walaupun sedar bakal dikecam.

Pelakon itu turut mendedahkan lelaki yang menghamilkannya menganggap hubungan mereka sekadar gimik dan pernah mengugut untuk merosakkan kerjayanya.

DJ Panda akhirnya mengaku sebagai bapa kepada anak luar nikah Erika, selepas sebelum ini menafikannya. 

Dalam siaran langsung, DJ Panda mendedahkan hubungan mereka bermula ketika mabuk pada November 2024 dan berakhir selepas Erika membatalkan rancangan perkahwinan serta meminta identitinya dirahsiakan.

Must-Watch Video

Advertisement