Skip to main content

Berita Tempatan

Ernie Zakri Nyanyi ‘La Vie En Rose’ Bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron, Momen Istimewa Curi Perhatian! - "Saya Amat Bersyukur..."

Ernie Zakri Nyanyi ‘La Vie En Rose’ Bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron, Momen Istimewa Curi Perhatian! - "Saya Amat Bersyukur..."

Sekilas

  • Ernie Zakri berpeluang menyanyikan lagu klasik Perancis, La Vie En Rose, bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dalam satu majlis rasmi di Malaysia.
  • Majlis tersebut diadakan sempena lawatan rasmi dua hari Presiden Macron ke Malaysia dan dihoskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri.
  • Persembahan ini menjadi satu penghormatan besar bagi Ernie serta menunjukkan muzik sebagai jambatan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Perancis.
Advertisement

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri melakar satu lagi kenangan manis dalam perjalanan seninya apabila berpeluang mendendangkan lagu klasik Perancis, La Vie En Rose, bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Momen istimewa itu berlangsung dalam satu majlis jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Advertisement

Majlis berkenaan diadakan bersempena lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis ke Malaysia, sekali gus menjadi medan pertemuan antara seni muzik dan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Bagi Ernie, peluang membuat persembahan di hadapan pemimpin negara berkenaan merupakan satu penghormatan besar, lebih-lebih lagi apabila dapat menyanyikan lagu ikonik Perancis itu bersama Macron sendiri.

“Diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, merupakan detik yang amat bermakna dalam perjalanan seni saya.

“Peluang menyanyikan ‘La Vie En Rose’ bersama beliau menjadikan pengalaman ini lebih istimewa dan akan kekal sebagai kenangan yang saya hargai sepanjang hayat.

“Saya amat bersyukur atas kepercayaan yang diberikan untuk membawa suara dan seni Malaysia ke pentas ini,” katanya.

Pengalaman tersebut pastinya menjadi antara pencapaian yang cukup bermakna buat Ernie, yang selama ini dikenali dengan kemampuan vokalnya yang mantap.

Advertisement

Malah, persembahan berkenaan turut memperlihatkan bagaimana muzik mampu menjadi jambatan yang merapatkan hubungan antara dua negara, tanpa dibatasi perbezaan bahasa dan budaya.

Buat Ernie, kesempatan berkongsi pentas dengan Presiden Perancis bukan sahaja menjadi kenangan peribadi, malah satu penghormatan apabila dapat mengetengahkan bakat seni Malaysia dalam sebuah acara diplomatik bertaraf antarabangsa.

Anda mungkin berminat dengan

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Must Watch Video

Advertisement