Skip to main content

Hiburan

Erra Fazira Buat Kejutan Hari Lahir Suami Di Mekah, Netizen Tersentuh Tengok Momen Romantis Di Tanah Suci - “Moga Dikau Terus Menjadi Yang Terindah...”

cv cv

Sekilas

  • Erra Fazira sambut hari kelahiran suami tercinta di tanah suci Mekah dengan kejutan kek dan lagu ulang tahun.
  • Erra meluahkan rasa syukur dapat meraikan detik istimewa itu di tempat penuh keberkatan melalui kapsyen Instagram.
  • Pasangan ini berkahwin pada Disember lalu selepas Erra 11 tahun bergelar ibu tunggal, dan perjalanan ke Mekah adalah hadiah kejutan buat suami.

Primadona tanah air, Erra Fazira mencuri perhatian ramai apabila menyambut hari kelahiran suami tercinta di tanah suci Mekah. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Erra dilihat membuat kejutan dengan membawa sebiji kek sambil menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran buat suaminya.

Dalam kapsyen yang dimuat naik, Erra menzahirkan rasa syukur dapat meraikan detik istimewa itu di tempat yang penuh keberkatan.

“Sanah Helwah Ya Zawji.

“Alhamdulillah.. meraikan hari kelahiranmu di tanah suci Al-Munawwarah. Kedamaian di setiap penjuru terasa lebih sempurna.

“Moga dikau tetap menjadi yang terindah sehingga ke nafas terakhir. Selamat ulang tahun suamiku,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang rata-rata tersentuh melihat momen romantis pasangan itu.

Terdahulu, Erra Fazira dan suami dilaporkan berangkat ke tanah suci Mekah pada Jumaat lalu. 

Difahamkan, perjalanan ibadah tersebut merupakan hadiah kejutan istimewa yang dihadiahkan Erra buat suami tercinta sempena hari kelahirannya.

Untuk rekod, Erra Fazira selamat bernikah dengan Ezwan pada 12 Disember lalu dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Rinjani Majestic, Subang, selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal.

Sumber: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement