Sekilas
- Erra Fazira berkongsi pengalaman pertama kali bertemu bakal suaminya, Mr. E, yang diperkenalkan oleh penyampai radio Falyq Hikyle di radio Sinar.
- Erra pada mulanya kurang tertarik dengan Mr. E kerana penampilannya yang kurus dan cengkung, yang sebenarnya disebabkan masalah kesihatan hypertyroid yang dialami Mr. E.
- Erra dan Mr. E dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember depan.
Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mendedahkan detik pertemuan pertamanya dengan bakal suaminya yang dikenali sebagai Mr. E.
Menerusi video di TikTok Errafaziirafc, Erra berkata penyampai radio Falyq Hikyle yang bersungguh-sungguh untuk kenalkan dia dengan Mr. E.
“Kita jumpa dekat radio Sinar. Masa itu kan saya jadi kira penyampai undangan selama sebulan. Lepas itu, saya ingat lagi, Falyq waktu itu kata ‘lepas ini kak saya nak kenalkan akak dengan seseorang. Dia ini sama dengan akak, sebiji akak’.
“Waktu tu saya macam ‘kenapa dia ni beriya sangat nak kenalkan dengan orang pula. Mesti dia pun duda, mungkin dia ada anak, mungkin sama usia’.
“Cara diorang macam nak push saya ke awak. Panaslah saya,” kongsi Erra.
Bagaimanapun ketika itu, Erra kurang tertarik dengan Mr. E atau nama sebenarnya Ezwan Zain disebabkan penampilannya yang agak kurus dan cengkung.
“Maknanya waktu saya jumpa awak tengah kurus sangat. Kurus sangat kot, kurus yang cengkung muka. Bila kurus, kita akan gelap sikit, dah la kurus cengkung, lepas itu gelap pula.
“Orang kenen-kenenkan saya dengan awak. Memang saya marah la awak. Saya siap tarik tepi Falyq cakap ‘Falyq jangan eh, tak suka eh jangan eh’. Macam itu,” katanya.
Mr. E yang juga seorang usahawan bagaimanapun menjelaskan keadaan fizikalnya yang kelihatan kurus ketika itu disebabkan dia mengalami masalah kesihatan.
“Sekurang-kurangnya bagi orang tahu dalam fasa hidup ini kenapa kita kena jadi macam itu. Masa itu saya tengah sakit, saya tak berapa sihat.
“Pertama kali dalam hidup saya kena hypertyroid. Saya tak sedar pun sebab saya seorang yang aktif, bersukan, berlari… macam-macam la buat aktiviti lasak.
“Tiba-tiba saya kena benda itu, saya tak ada la periksa, kita tak sedar. Benda itu berlarutan, tak ada rawatan, dia akan beri kesan kepada fizikal kita,” kongsinya.
Untuk info, Erra bakal mendirikan rumah tangga dengan Mr. E pada 12 Disember depan.
Sumber - TikTok