Skip to main content

Hiburan

Eskayvie Bersama Tom Tom Bak, Komited Serlah Potensi Generasi Masa Hadapan

Eskayvie

Sekilas

  • Eskayvie terus bekerjasama dengan Astro sebagai penaja program kanak-kanak Tom Tom Bak yang kembali dengan format baharu dan pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi.
  • Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun untuk membina keyakinan dan menyerlahkan bakat dalam suasana positif dan menghiburkan.
  • Eskayvie juga memperkenalkan Owi Series di YouTube sebagai inisiatif pendidikan untuk menyokong perkembangan minda dan potensi anak-anak secara menyeluruh.
Advertisement

Setiap kanak-kanak mempunyai potensi tersendiri. Namun, potensi itu tidak akan berkembang tanpa peluang, galakan dan persekitaran yang sesuai.

 

Advertisement

Atas kepercayaan tersebut, jenama kesihatan dan kesejahteraan tempatan, Eskayvie meneruskan kerjasama strategik bersama Astro sebagai penaja program bakat dan hiburan kanak-kanak, Tom Tom Bak.

 

Kembali dengan wajah baharu, Tom Tom Bak menjadi platform untuk meraikan bakat, keberanian, keyakinan dan potensi generasi muda Malaysia.

 

Bagi Eskayvie, penglibatan dalam program berkenaan bukan sekadar penajaan atau usaha memperluaskan kehadiran jenama.

 

Sebaliknya, ia merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat dalam membantu membina generasi yang bukan sahaja sihat, malah mempunyai keyakinan untuk mengenali kekuatan diri serta keberanian mengembangkan potensi masing-masing.

 

Kembali Dengan Wajah Baharu

 

Diperkenalkan pada 2007, Tom Tom Bak kini kembali dengan format lebih segar dan menampilkan pengacara ikoniknya, Datuk Aznil Haji Nawawi yang juga merupakan Duta Eskayvie.

 

Program yang menyasarkan keluarga Malaysia dengan anak berusia empat hingga 12 tahun itu menyediakan pentas untuk kanak-kanak mencuba perkara baharu, membina keyakinan serta menyerlahkan bakat dan personaliti mereka dalam suasana positif dan menghiburkan.

 

Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed (Dr Kay), berkata masyarakat perlu memperluaskan definisi tentang potensi dan kejayaan seseorang anak.

 

“Kita tidak seharusnya melihat potensi anak hanya melalui keputusan akademik. Setiap anak mempunyai kekuatan yang berbeza.

 

“Ada yang menyerlah dalam akademik, ada yang kreatif, petah berkomunikasi, mempunyai bakat seni, kepimpinan atau kebolehan yang mungkin belum kita nampak hari ini.

 

“Sebagai ibu bapa, jangan hanya melihat siapa anak kita hari ini. Lihatlah siapa yang mampu mereka jadi suatu hari nanti.

 

“Tanggungjawab kita bukan menentukan siapa mereka perlu jadi, tetapi menyediakan ruang, peluang dan sokongan supaya mereka mempunyai keberanian untuk mencuba, belajar dan akhirnya menemui kekuatan diri sendiri,” katanya.

 

Sambung Aspirasi Daripada Talk To My Manager

Penglibatan Eskayvie dalam Tom Tom Bak juga merupakan kesinambungan kerjasama bersama Astro menerusi Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2).

 

Jika TTMM2 mengetengahkan bagaimana bakat, keyakinan dan ketahanan diri boleh berkembang dengan sokongan keluarga, Tom Tom Bak pula membawa aspirasi sama kepada golongan kanak-kanak yang masih dalam proses mengenali diri dan membina keyakinan.

 

Menurut Dr Kay, kesinambungan itu mencerminkan pendirian Eskayvie bahawa usaha membangunkan potensi seseorang perlu bermula sejak usia awal.

 

“Selepas Talk To My Manager, kami mahu membawa mesej ini lebih dekat kepada anak-anak melalui Tom Tom Bak. Kami percaya potensi yang besar memerlukan sokongan yang betul.

 

“Apabila seorang anak diberikan peluang, galakan, persekitaran yang positif serta asas kesihatan yang baik, kita memberi mereka ruang yang lebih luas untuk berkembang.

 

“Inilah yang kami mahu perjuangkan melalui kempen ‘Minda Cerdas, Potensi Onss!’ bagi membantu ibu bapa melihat bahawa di dalam setiap anak ada potensi yang menunggu untuk diserlahkan,” katanya.

 

Bukan Sekadar Di Atas Pentas

 

Bagi Eskayvie, usaha menyokong perkembangan generasi muda tidak terhenti apabila lampu pentas dipadamkan.

 

Perkembangan kanak-kanak berlaku setiap hari menerusi pemakanan, pembelajaran, kualiti tidur, aktiviti fizikal, pengalaman serta sokongan emosi daripada keluarga dan persekitaran.

 

Atas prinsip itu, Eskayvie melihat nutrisi sebagai antara komponen penting dalam ekosistem perkembangan kanak-kanak.

 

Eskayvie Mindtropic Junior diformulasi dengan nutrisi terpilih bagi menyokong perkembangan minda, fokus dan daya ingatan kanak-kanak, manakala Eskayvie Diffenz Junior diformulasi bagi membantu menyokong kesihatan imun dan kesejahteraan mereka sepanjang proses tumbesaran.

 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Penyelidikan & Inovasi Eskayvie, Datuk Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, berkata perkembangan kanak-kanak perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak bergantung kepada satu faktor sahaja.

 

“Kanak-kanak sedang melalui fasa perkembangan yang sangat aktif. Mereka memerlukan peluang untuk belajar, bermain, bergerak, meneroka dan mencuba.

 

“Pada masa sama, pemakanan seimbang dan nutrisi yang mencukupi merupakan antara asas penting untuk menyokong perkembangan minda dan kesihatan tubuh.

 

“Ia perlu bergerak seiring dengan tidur yang mencukupi, aktiviti fizikal dan persekitaran yang positif.

 

“Apa yang kita bina secara konsisten sejak usia awal akan menjadi sebahagian daripada asas perkembangan mereka pada masa hadapan,” katanya.

 

Dekatkan Pendidikan Dengan Dunia Kanak-Kanak

Sebagai kesinambungan kepada komitmen tersebut, Eskayvie turut bakal memperkenalkan Owi Series menerusi YouTube dengan 10 episod dirancang untuk musim pertama.

 

Owi yang diperkenalkan sebagai ‘Sahabat dan Pelindung Minda Anak-Anak’ merupakan watak yang diwujudkan untuk menyampaikan mesej berkaitan pembelajaran, keyakinan, tabiat positif dan potensi diri.

 

Kandungan berkenaan akan disampaikan dalam bentuk yang lebih dekat dengan dunia kanak-kanak, mudah difahami dan menghiburkan.

 

Inisiatif itu mencerminkan pendekatan Eskayvie yang mahu bergerak melangkaui produk dengan membina ekosistem pendidikan dan sokongan bagi membantu ibu bapa memahami perkembangan anak dengan lebih baik.

 

Menurut Dr Kay, matlamat yang ingin dicapai adalah lebih besar daripada sekadar sebuah kempen, program televisyen atau produk.

 

“Apabila kita bercakap tentang masa depan sesebuah negara, sebenarnya kita sedang bercakap tentang anak-anak yang sedang membesar hari ini.

 

“Mungkin kita tidak tahu sejauh mana mereka akan pergi. Tetapi kita boleh memastikan mereka mendapat peluang dan sokongan untuk pergi sejauh mungkin.

 

“Itulah komitmen Eskayvie,” ujarnya.

 

Tom Tom Bak tampil dengan lapan episod berdurasi 60 minit dan akan bersiaran dari 25 September hingga 13 November 2026, setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria dan Astro Prima.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Eskayvie Mindtropic Junior dan Eskayvie Diffenz Junior, sila layari laman sesawang rasmi Eskayvie.

 

Anda mungkin berminat dengan

NIKO Magnetic Number Maze

NIKO Magnetic Number Maze

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Football Germany 26 Home Kids Jersey Unisex White JZ4560

Football Germany 26 Home Kids Jersey Unisex White JZ4560

adidas Football Germany 26 Away Kids Jersey Unisex Blue JZ4569

adidas Football Germany 26 Away Kids Jersey Unisex Blue JZ4569

FallSweet M-4XL Women Minimizer Bra Seamless Adjustable Full Cup Underwear Plus Size Anti-sagging Lift Up Brassiere

FallSweet M-4XL Women Minimizer Bra Seamless Adjustable Full Cup Underwear Plus Size Anti-sagging Lift Up Brassiere

NIKO Animal Wooden Puzzle

NIKO Animal Wooden Puzzle

Must Watch Video

Advertisement