Skip to main content

Hiburan

Eunice Wong Menang Miss Universe Malaysia 2026, Wakili Negara Ke Puerto Rico!

Eunice Wong Menang Miss Universe Malaysia 2026, Wakili Negara Ke Puerto Rico!

Sekilas

  • Eunice Wong dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026 dan akan mewakili Malaysia di Miss Universe 2026 di Puerto Rico.
  • Sapphire Wong diumumkan sebagai naib juara pertama, diikuti Amreet Kaur di tempat ketiga dan Emanuelle Mah di tempat keempat.
  • Selain gelaran utama, Eunice memenangi beberapa anugerah sampingan termasuk Social Media Award dan Malaysian Choice Award, manakala peserta lain turut menerima pelbagai penghargaan kategori lain.
Advertisement

Eunice Wong dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026 selepas menewaskan 12 finalis lain pada malam kemuncak pertandingan yang berlangsung pada Jumaat.

Kemenangan tersebut menyaksikan Eunice menyarungkan mahkota ‘Star of the East’ sekali gus bakal membawa cabaran Malaysia ke pentas Miss Universe 2026 di Puerto Rico pada November nanti.

Advertisement

Sapphire Wong diumumkan sebagai naib juara pertama, diikuti Amreet Kaur di tempat ketiga dan Emanuelle Mah di tempat keempat.

Sebelum itu, sembilan peserta mara ke Top 9 iaitu Sapphire, Amreet, K. Pratiba, Sarah Shawndrya, Emanuelle, Wen Shin, Khai Chin, Kimberly Brown dan Eunice.

Persaingan kemudian dikecilkan kepada Top 6 membabitkan Eunice, Sarah, Sapphire, Amreet, Pratiba dan Emanuelle sebelum kejutan diumumkan apabila empat, bukannya tiga finalis dipilih ke pusingan terakhir.

Advertisement

Selain gelaran utama, Eunice turut meraih Social Media Award, Social Media Impact, Darling of the Crown serta Malaysian Choice Award.

Sapphire pula antara yang menyerlah apabila membawa pulang Best in Preliminary, Best in Interview, Miss Face of Holiday Inn Bangsar KL, Legacy Reimagined Icon dan Best in Evening Gown.

Anugerah sampingan lain menyaksikan Emanuelle memenangi Best in National Costume, Amreet meraih Best Model Look 1, manakala K. Pratiba membawa pulang Best Model Look 2 serta Women Empowerment Award.

Sarah Shawndrya pula memenangi Best in Sportswear, Dayana Charles meraih Miss Eloquent, Wen Shin dinobat Best Pasarela dan Kimberly Brown menerima Miss Congeniality.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

adidas Lifestyle Adilette Clog 2.0 Unisex Yellow JR4026

adidas Lifestyle Adilette Clog 2.0 Unisex Yellow JR4026

Under Armour UA Hustle Mesh Backpack

Under Armour UA Hustle Mesh Backpack

New Balance Unisex 9060 (Standard) - RAINCLOUD

New Balance Unisex 9060 (Standard) - RAINCLOUD

Nike Heritage Small Hip Pack - Black [DB0488-010]

Nike Heritage Small Hip Pack - Black [DB0488-010]

Must Watch Video

Advertisement