Skip to main content

Hiburan

Evertts Gomes Akui Teruja Sertai Universe High Council - “Saya Sebenarnya Tidak Pernah Target…” 

Evertts Gomes Akui Teruja Sertai Universe High Council - “Saya Sebenarnya Tidak Pernah Target…” 

Sekilas

  • Evertts Gomes menganggap peluang berlakon dalam filem Kudrat 1968 sebagai pencapaian penting dalam karier seninya.
  • Ini adalah kali pertama Evertts menghadiri uji bakat untuk projek High Council Universe dan dia tidak menyangka akan terpilih.
  • Kudrat 1968 adalah prekuel kepada dunia High Council dan menampilkan enam pelakon utama termasuk Evertts Gomes.
Advertisement

Pelakon Evertts Gomes menyifatkan peluang membintangi naskhah Kudrat 1968, sebagai satu pencapaian bermakna dalam perjalanan seninya. 

Menurut Evertts, dia juga pertama kali menghadiri sesi uji bakat untuk projek berkenaan dan tidak menyangka percubaan tersebut membuahkan peluang untuk membintangi siri berkenaan.

Advertisement

“Sejujurnya saya pertama kali dalam dunia High Council atau High Council Universe. Pertama kali juga datang audition untuk Kudrat 1968.

“Syukur sebab pertama kali cuba saya dapat peluang untuk berlakon dalam francais High Council,” katanya kepada Gempak.

Biarpun tidak pernah menyasarkan untuk menjadi sebahagian daripada universe High Council, Evertts mengakui sejak awal dia memang menyimpan impian untuk membintangi karya di bawah Astro Originals atau filem terbitan Astro Shaw. 

“Saya sebenarnya tidak pernah ada target untuk masuk dalam universe ini tapi saya mahu berlakon dalam siri Astro Originals atau Astro Shaw Universe. 

“Saya juga tertarik untuk berlakon sekali bersama Mierul Aiman, Amir Ahnaf atau sesiapa daripada High Council, dan nak sangat berlakon dengan pengarah yang mengarahkan siri High Council serta filem Kahar. 

“Boleh kata saya punya impian itu tercapai,” ujarnya.

​​Sekadar info, Evertts Gomes diperkenalkan sebagai salah seorang dari enam pelakon utama bagi filem Kudrat 1968.

Kudrat 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Selain Evertts Gomes, filem itu turut dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Chech Harith,Dai Fuad, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement