Skip to main content

Hiburan

Evertts Gomes Faham Peminat Teruja Jumpa Artis, Pesan Jangan Sampai Cedera – “Utamakan Keselamatan”

Evertts Gomes Faham Peminat Teruja Jumpa Artis, Pesan Jangan Sampai Cedera – “Utamakan Keselamatan”

Sekilas

  • Evertts Gomes menasihatkan peminat supaya utamakan keselamatan dan peka dengan keadaan sekeliling ketika menghadiri acara artis.
  • Dia mengingatkan peminat agar tidak memaksa diri dalam kesesakan dan menyerahkan hadiah kepada kru produksi atau pengurus artis.
  • Evertts terharu dengan sambutan hangat peminat di House of Kudrat 2.0 walaupun dia kurang berpeluang berjumpa mereka secara dekat.
Advertisement

Pelakon Evertts Gomes menasihatkan peminat agar mengutamakan keselamatan dan peka terhadap keadaan sekeliling ketika menghadiri acara membabitkan artis kesayangan mereka.

Evertts berkata, dia memahami keterujaan peminat apabila bertemu selebriti, namun mereka perlu mengambil kira keselesaan orang lain.

“Saya rasa kita tidak boleh kawal sangat sebab saya faham. Kalau Evertts berada di posisi peminat, Cristiano Ronaldo lalu depan saya pun pasti saya akan terpegun sebab tidak menjangkakan perkara itu.

“Tetapi nasihat saya ialah sedar diri, sedar ruang. Setiap kali masuk set atau produksi, itulah nasihat yang diberikan kepada kami.

“Kita kena sedar ada orang di belakang, orang yang kita suka itu pun manusia dan kita sendiri pun manusia,” katanya.

Menurut Evertts, peminat tidak seharusnya memaksa diri berada dalam kesesakan sehingga berisiko mengalami kecederaan semata-mata mahu menyampaikan hadiah.

“Kalau Evertts, saya akan cuba sedaya upaya untuk sampaikan hadiah kepada artis. Tetapi kalau sudah ditolak sampai cedera, saya akan keluar daripada kelompok orang ramai dan mencari penyelesaian lain.

“Artis ada pembantu peribadi, pengurus dan pengawal peribadi. Anda boleh serahkan kepada mereka.

“Acara seperti ini juga ada kru produksi yang bekerjasama. Serahkan sahaja kepada mereka dan mereka akan sampaikan kepada artis,” ujarnya.

Katanya, hubungan kerja yang sudah lama terjalin memudahkan kru mengenali artis serta menguruskan pemberian peminat.

“Kami sudah lama bekerjasama dan mereka kenal nama masing-masing. Tutup mata pun sudah tahu siapa Evertts, siapa Mierul dan hadiah itu untuk siapa.

“Ditambah pula hadiah anda ada surat. Jadi untuk hadiah itu tidak sampai kepada kami, mustahillah.

“Bagi peminat yang kadang-kadang terlebih teruja, saya tidak boleh cakap banyak juga sebab kadang-kadang Evertts pun tidak boleh kawal diri. Kita semua manusia biasa.

“Tetapi nasihat saya, kalau berada di tempat atau acara seperti itu, utamakan keselamatan dahulu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Evertts mengakui terharu melihat semangat peminat yang hadir memeriahkan House of Kudrat 2.0.

Menurutnya, dia sudah menjangkakan kehadiran ramai berdasarkan maklumat sekitar 4,000 gelang tangan yang dinyatakan ketika penyertaan peraduan bagi acara di KLGCC itu.

“Sejujurnya saya tidak sangka kami akan mendapat sambutan sehangat itu. Jumlah yang ramai memang sudah dijangka sebab ketika hendak menyertai peraduan, ada dinyatakan sekitar 4,000 gelang tangan.

“Tetapi apabila sampai dan melihat betapa bersemangatnya mereka, itu memang di luar jangkaan Evertts. Tidak sangka mereka begitu seronok,” katanya.

Malah, Evertts mengakui berasa serba salah kerana kebanyakan masanya dihabiskan di atas pentas tanpa berpeluang mendekati semua peminat.

“Sebagai salah seorang pelakon di atas pentas, saya rasa hendak pergi berjumpa mereka semua. Tetapi rasa bersalah sebab kebanyakan masa kami hanya berada di atas pentas.

“Rupa-rupanya mereka tetap seronok kerana hadir untuk menyokong artis kesayangan masing-masing.

“Saya rasa perkara itu indah,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

年饼 2026 CNY Biscuit | New Year Cookies

年饼 2026 CNY Biscuit | New Year Cookies

Must Watch Video

Advertisement