Skip to main content

Hiburan

Evertts Gomes Sentiasa Pantau Kelab Peminat, Perlu Campur Tangan Jika Berlaku ‘Fan War’ - “Saya Ada Kawal Tapi…”

Evertts Gomes Sentiasa Pantau Kelab Peminat, Perlu Campur Tangan Jika Berlaku ‘Fan War’ - “Saya Ada Kawal Tapi…”

Sekilas

  • Evertts Gomes memantau kelab peminatnya, feverttsofficial, melalui kerjasama rapat dengan admin tanpa mengendalikan akaun secara langsung.
  • Dia menasihatkan kelab peminat supaya menjaga imej dan bertindak mewakili artis dengan baik dalam setiap tindakan mereka.
  • Evertts menegaskan pentingnya peminat memahami batas sokongan dan mengelak fan war yang boleh menjejaskan imej artis.
Advertisement

Sebagai selebriti, Evertts Gomes mengakui sentiasa memantau pergerakan kelab peminatnya iaitu feverttsofficial meskipun tidak mengendalikannya secara langsung. 

Menurut Evertts, dia bekerja rapat dengan beberapa individu yang menguruskan kelab peminatnya itu bagi memastikan mereka bukan sahaja memberikan sokongan malah membawa imej artis yang mereka minati dengan baik. 

Advertisement

“Untuk fan club, sebenarnya saya ada kawal, tapi bukanlah sampai tahap saya sendiri yang memegang telefon dan membalas ciapan itu. Saya tak pernah tahu kata laluan akaun fan club atau apa-apa pun. Saya juga bukan sebahagian daripada kumpulan Telegram mereka.

“Tetapi saya bekerjasama rapat dengan semua admin dan mereka selalu merujuk kepada saya untuk apa-apa sahaja. Tak kira sekecil mana pun perkara itu, mereka akan rujuk kepada saya. 

“Saya banyak menasihatkan mereka supaya menjaga imej luaran kerana sebagai fan club, mereka mewakili artis dan dalam satu cara, mereka juga mewakili saya. Saya mahu mereka kelihatan baik dan sentiasa berasa baik. Jadi, itulah keutamaan saya sebenarnya," katanya kepada Gempak. 

Advertisement

Mengulas mengenai budaya fan war atau pergaduhan antara peminat yang sering berlaku di media sosial, Evertts berpendapat setiap kelab peminat perlu memahami batas ketika memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka.

Menurutnya, tindakan sesetengah peminat yang mencetuskan pergaduhan atau membanding-bandingkan artis, sama ada pelakon mahupun penyanyi, boleh mengundang persepsi negatif terhadap selebriti yang mereka minati. 

“Bagi saya, setiap peminat di Malaysia perlu tahu batas. Sebab kadang-kadang kita tengok ada peminat yang memulakan fan war atau membanding-bandingkan artis ini dengan artis lain, tak kisahlah pelakon ataupun penyanyi.

“Jadi, sebagai seorang selebriti, perlu ada kawalan terhadap kelab peminat ini. Perlu, sangat-sangat perlu,” ujarnya. 

Pada masa sama, Everrt juga mengakui sebagai selebriti wajar untuknya menegur peminat jika timbul sebarang isu yang boleh menjejaskan imej mereka. 

“Saya rasa sebagai seorang artis, walaupun kita tidak terlibat secara langsung dalam fan club, kita tetap berkait dengannya sebab nama kita ada pada kelab itu.

“Jadi, penting untuk seorang artis bersuara kepada admin supaya mereka boleh melakukan damage control atau mengawal keadaan.

“Apabila keadaan sudah tidak terkawal, orang yang paling dekat dan paling sesuai untuk menegur mereka ialah kita sendiri sebagai artis.

“Sebab seperti yang saya katakan, perkara itu akan kembali kepada imej kita sendiri juga,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement