Sekilas
- Pelakon Evertts Gomes meluahkan rasa kurang senang apabila peminat drama KUDRAT 1968 membawa elemen LGBT dan 'ship' dirinya dengan pelakon lelaki lain seperti Mierul Aiman.
- Evertts menegaskan agar peminat tidak mengaitkan hubungan sesama pelakon dengan budaya LGBT kerana ia membuatkan mereka berasa tidak selesa dan mengganggu interaksi terbuka di khalayak ramai.
- Beliau juga menyatakan tidak menyokong LGBTQ di Malaysia dan meminta peminat menghormati pendiriannya dengan tidak LGBT-kan cerita KUDRAT 1968 atau mengaitkan dirinya dengan pelakon lain dalam konteks tersebut.
Pelakon, Evertts Gomes meluahkan rasa rasa kurang senang apabila ada segelintir peminat drama KUDRAT 1968: High Council yang ‘ship’ atau memasangkan dirinya dengan pelakon lelaki lain, termasuk Mierul Aiman.
Menerusi satu potongan video sesi siaran langsung, Evertts meminta peminat supaya tidak membawa elemen LGBT ke dalam jalan cerita KUDRAT 1968, selain menegaskan bahawa perkara berkenaan membuatkan dirinya dan rakan-rakan pelakon berasa kurang selesa.
“Saya nak sentuh benda ini sebenarnya. Saya nak sangat sentuh benda ini.
“Saya tak kisah korang nak bawa budaya Barat itu dekat dalam Malaysia ini. Tapi tolong jangan bawa budaya-budaya LGBT itu, boleh tak? Saya ramai kawan dalam golongan yang itu, saya ramai.
“Tapi untuk korang sekarang sebagai peminat kepada cerita KUDRAT 1968, saya minta sangat-sangat korang jangan LGBT-kan cerita ini, boleh tak? Contoh, korang ‘ship’ Ghafar dengan Kuda. Okey, tak apa, itu karakter.
“Tapi kalau dah ‘ship’ Mierul dengan Evertts, itu pelik. Pelik sangat,” katanya.
Tambahnya, tindakan peminat yang terlalu mengaitkan hubungan sesama pelakon dengan perkara tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan keselesaan mereka untuk berinteraksi secara terbuka di khalayak ramai.
“Sebab jujur Evertts cakap, kalau esok lusa Evertts tak tegur sangat dengan Mierul, korang jangan salahkan Evertts. Jangan salahkan Mierul juga.
“Korang yang buat kita orang rasa tak selesa. Korang yang buat kita orang rasa bila kita orang berinteraksi atau ‘engage’ sesama sendiri dekat public, benda itu akan menjadikan sesuatu dekat otak korang. Kita orang tak nak macam itu. Tak nak,” jelasnya.
Dalam pada itu, Evertts turut menyatakan pendiriannya bahawa dia tidak menyokong LGBTQ di Malaysia serta sekali lagi meminta peminat supaya tidak mengaitkan dirinya dengan Mirul atau Zarif dalam konteks tersebut.
“Saya tak support LGBTQ dekat dalam Malaysia. Saya tak nak korang LGBT-kan cerita KUDRAT 1968 itu, boleh tak?
“Wahai budak-budak sekalian, tolong. Evertts minta betul-betul sebagai peminat kepada Evertts ini, Evertts minta betul-betul korang jangan sentuh apa-apa nak buat cerita yang Evertts dengan Mierul, Evertts dengan Zarif.
“Ke korang nak Evertts betul-betul jadi gay? Lepas itu esok lusa Evertts tak ada girlfriend, korang pula sakit kepala. ‘Evertts kenapa tak nak dengan I? I perempuan, kenapa nak dengan lelaki?’ Macam itu? Tolong,” tambahnya.