Skip to main content

Hiburan

“Everything Is Crazy, Plot Dia Makin Lama Semakin…” – Zarif Ghazzi Kongsi Reaksi Selepas Tonton TERBANG

“Everything Is Crazy, Plot Dia Makin Lama Semakin…” – Zarif Ghazzi Kongsi Reaksi Selepas Tonton TERBANG

Sekilas

  • Pelakon Zarif Ghazzi memuji filem aksi tempatan TERBANG dari segi sinematografi, lakonan, dan dinamik watak yang dipersembahkan.
  • Jalan cerita TERBANG semakin sarat dengan emosi dan mengisahkan semangat kerjasama serta kepercayaan dalam pasukan.
  • Filem ini diinspirasikan daripada legenda rali negara Karamjit Singh dan kini ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk format 4DX.
Advertisement

Pelakon Zarif Ghazzi berkongsi pandangan positif selepas menonton filem aksi tempatan TERBANG yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Menerusi Threads, Zarif mengakui kagum dengan beberapa aspek teknikal serta lakonan yang dipersembahkan menerusi naskhah arahan Chiu Keng Guan itu.

Advertisement

“Baru lepas tengok TERBANG tadi. Apa yang saya boleh cakap, Astro Shaw is on another level.

“Sinematografi, ‘colour grading’, lakonan dan dinamik antara watak, semuanya memang ‘crazy’,” tulisnya.

Menurut Zarif, jalan cerita TERBANG juga semakin sarat dengan emosi apabila penceritaan berkembang.

“Plot dia semakin lama semakin berat,” katanya ringkas.

dsvfbgn

TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh selain mengetengahkan semangat kerjasama dan kepercayaan dalam sesebuah pasukan untuk mencapai kejayaan.

Filem tersebut dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Ruminah Sidek.

TERBANG kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk dalam format 4DX.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must Watch Video

Advertisement