Skip to main content

Hiburan

Evolusi 'Storytelling' Astro Shaw, KUDRAT 1968: High Council Satukan Siri & Filem - "Semua Ini Memang Sudah..."

Evolusi 'Storytelling' Astro Shaw, KUDRAT 1968: High Council Satukan Siri & Filem - "Semua Ini Memang Sudah..."

Sekilas

  • KUDRAT 1968: High Council adalah karya terbaharu yang menggabungkan siri dan filem dalam satu pengalaman menonton berterusan.
  • Penggambaran siri dan filem dilakukan serentak untuk memastikan penonton dapat terus menikmati cerita tanpa gangguan selepas menonton siri.
  • Siri ini merupakan prekuel kepada dunia High Council dan akan ditayangkan pada 11 September, menampilkan pelakon seperti Mierul Aiman dan Zarif Ghazzi.
Advertisement

Penerbit Eksekutif KUDRAT 1968: High Council, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkan karya terbaharu itu sebagai sesuatu yang berbeza.

Menurut Jastina, konsep tayangan siri sebelum disusuli dengan filem sememangnya sudah dirancang sejak peringkat pembangunan dan produksi bagi memastikan pengalaman penonton tidak terputus selepas menonton siri tersebut.

Advertisement

“Kudrat 1968 ini berbeza kerana apabila saya sebut mengenai karya ini, ia sebenarnya satu cerita yang diterbitkan secara bersama, tetapi pengalaman menontonnya berterusan.

“Contohnya Kaha ialah sebuah filem yang hanya ditayangkan selepas dua tahun daripada High Council. Tetapi untuk Kudrat 1968, penggambaran siri dan filem dilakukan dalam tempoh yang sama. Jadi, penonton sepatutnya dapat menikmati ceritanya secara berterusan. Selepas habis menonton siri, mereka boleh terus menyaksikan filemnya.

“Semua ini memang sudah dirancang sejak peringkat pembangunan dan produksi. Jadi, ia merupakan sebahagian daripada keseluruhan perancangan kami untuk memberikan pengalaman yang berterusan kepada penonton,” katanya.

Dalam pada itu, Jastina menjelaskan konsep tersebut turut selari dengan usaha Astro Shaw dalam mengembangkan evolusi penceritaan, khususnya dengan memanfaatkan kekuatan medium siri dan filem.

“Ini sebenarnya perkara yang saya mahu lakukan di Astro Shaw, iaitu evolusi dalam penceritaan. Siri memberikan kita ruang untuk menyelami cerita dengan lebih mendalam, termasuk memahami karakter, persekitaran dan situasi yang berlaku.

“Ia juga membantu mengukuhkan hubungan emosi penonton dengan setiap karakter yang diketengahkan. Manakala filem pula memberikan peluang untuk mengakhiri keseluruhan cerita itu menerusi sebuah pengalaman sinematik.

“Itulah yang kami harapkan dapat diberikan kepada penonton menerusi Kudrat 1968,” ujarnya lagi.

​​Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

KUDRAT 1968: High Council bakal menemui peminat pada 11 September ini.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement