Skip to main content

Hiburan

Eyka Farhana Rindu Nak Keluar Ambil Angin, Akui Susah Duduk Diam Ketika Berpantang

Eyka Farhana

Sekilas

  • Eyka Farhana berkongsi pengalamannya selepas 19 hari berpantang, menyatakan dia tiada masalah menjalani rutin berpantang seperti makan, urut, dan sauna.
  • Cabaran utama Eyka adalah perlu banyak berehat dan kurang bergerak, walaupun dia sudah mula rasa teringin untuk berjalan dan keluar rumah.
  • Netizen memberi respons positif dan nasihat agar Eyka berhati-hati walaupun sudah boleh keluar ambil angin, selepas selamat melahirkan anak pertama.
Advertisement

Pelakon, Eyka Farhana berkongsi keadaan dirinya selepas 19 hari menjalani proses berpantang.

Menerusi ciapan di Threads, Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi memaklumkan dia tidak berdepan sebarang masalah untuk menjalani rutin seperti menjaga makan mahupun menjalani rutin berpantang seperti urutan dan sauna.

Advertisement

Namun, apa yang mencabar buat dirinya apabila perlu banyak berehat serta mengurangkan sebarang pergerakan.

“Day 19 of berpantang. So far saya ok je pantang makan, pantang nak kena urut sauna itu ini tapi saya susah nak pantang kena duduk diam and baring je.

“Mesti nak jalan sana jalan sini (dalam rumah je), especially nenek ada hari-hari kena bising,” kongsinya di Threads.

Advertisement

Tambah Eyka, dia juga sudah mula berasa tidak senang duduk dan teringin untuk berjalan serta bersiar-siar sejak dua minggu yang lalu.

“Sebenarnya dah 2 weeks ni rasa ‘gatal’ je kaki nak keluar berjalan. Dah boleh kot kan keluar ambik angin?,” seloroh Eyka.

Hantaran itu kemudiannya menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan perkongsian Eyka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Eyka sudah boleh keluar untuk menghirup udara segara namun dalam masa yang sama menasihati pelakon itu untuk berhati-hati kerana masih di fasa awal berpantang.

Terdahulu, Eyka berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang selamat melahirkan cahaya mata pertama.

Untuk info, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei 2025.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Medical Face Mask 4ply 50pcs⚡ZERO DEGREE 4ply Colour Mask Premium high quality face mask affordable price/ 4ply mask

Medical Face Mask 4ply 50pcs⚡ZERO DEGREE 4ply Colour Mask Premium high quality face mask affordable price/ 4ply mask

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Must Watch Video

Advertisement