Skip to main content

Hiburan

Eyra Hazali Luah Rasa Kesal, Anggap Spekulasi ‘Anak Bunian’ Keterlaluan - "Saya Tak Pernah Sebut..."

Malah, spekulasi tersebut turut mengheret ibu bapanya apabila ada pihak mempersoalkan sama ada bapanya merupakan ayah kandungnya serta kesahihan perkahwinannya bersama suami, Haziq Nadzli.

Sekilas

  • Eyra Hazali menafikan dakwaan dirinya sebagai 'anak bunian' yang tersebar selepas video podcastnya tular di media sosial.
  • Spekulasi tersebut turut mempersoalkan kesahihan perkahwinan Eyra dan identiti bapanya, yang disifatkan sebagai fitnah oleh Eyra.
  • Eyra menjelaskan istilah 'anak bunian' hanyalah gurauan adik-beradiknya berdasarkan pengalaman ibu bapanya semasa kehamilannya.
Advertisement

Pelakon, Eyra Hazali meluahkan rasa kesal apabila cerita mengenai pengalaman keluarganya itu disalah tafsir sehingga timbul dakwaan  dirinya adalah ‘anak bunian’ atau berasal dari alam lain.
 

Menurut Eyra, spekulasi tersebut turut mengheret ibu bapanya apabila ada pihak mempersoalkan sama ada bapanya merupakan ayah kandungnya serta kesahihan perkahwinannya bersama suami, Haziq Nadzli.

Advertisement

 

“Video saya yang terlibat dengan satu podcast dah tular di beberapa platform dan mengundang beberapa pertanyaan atau boleh Ira katakan sebagai fitnah yang agak melampau melibatkan ibu dan ayah saya.

 

“Antara kenyataan yang dibuat sehingga mengundang spekulasi adalah, ‘Eyra Hazali rupanya anak bunian, daripada alam sana, patutlah ada aura lain.’

 

“Sampai ada yang bertanya, ‘Betul ke ayah Eyra itu ayah kandung? Dah buat pemeriksaan DNA ke? Entah-entah tak ada pun DNA ayah dia.’ Malah ada juga yang mempersoalkan sama ada perkahwinan Ira dengan Haziq sah kerana dikaitkan dengan dakwaan tersebut,” katanya.

 

Eyra menegaskan bahawa dia tidak pernah mendakwa dirinya berasal daripada alam bunian seperti yang diperkatakan netizen.

 

Sebaliknya, istilah ‘anak bunian’ itu digunakan oleh adik-beradiknya sebagai gurauan berdasarkan pengalaman yang diceritakan ibu bapanya mengenai kehamilan Eyra.

 

“Saya tak pernah sebut pun yang saya ini anak bunian atau daripada alam sana. Ira tak claim langsung.

 

“Saya cuma cerita kenapa adik-beradik Ira mengusik dan memanggil Ira sebagai anak bunian. Ia berdasarkan pengalaman ibu dan ayah Ira serta bagaimana mereka tahu bahawa mereka mengandungkan Ira,” jelasnya.

 

Pada masa sama, Eyra berharap masyarakat tidak membuat spekulasi berdasarkan perkara yang tidak dialami atau difahami mereka sendiri.

 

Menurutnya, setiap individu mempunyai pengalaman hidup yang berbeza dan perkara yang kelihatan pelik bagi seseorang tidak semestinya mustahil berlaku kepada orang lain.

 

“Kalau anda tidak mengalami atau merasai perkara itu, anda tidak boleh menidakkan pengalaman orang lain.

 

“Jangan kata perkara itu tidak berlaku kepada orang lain hanya kerana ia tidak berlaku kepada anda. Kita perlu terima bahawa dunia ini bukan hanya berdasarkan kelompok kita sahaja.

 

“Macam-macam cerita dan pengalaman daripada pelbagai manusia. Apa yang kita boleh percaya adalah ini semua kuasa Allah SWT. Kalau kita tidak tahu bagaimana sesuatu perkara itu berlaku, kita berserah kepada Allah,” ujarnya.

 

Berikut merupakan penjelasan penuh Eyra Hazali:

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement